Thursday, December 31, 2009

TAHUN BARU DIIRINGI DENGAN KENAIKAN HARGA GULA

Tepat 12.00 tengah malam, 1 Januari 2010 harga gula naik RM0.20 sekilogram. Pada kali ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia berjaya merahsiakan perancangan kerajaan untuk menaikkan harga gula. Kemungkinan besar pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna tidak mengetahui langsung bahawa harga gula naik pada jam 12.00 tengah malam 1 Januari 2010. Sekiranya khabar angin tersebar sana sini pastinya kegiatan memyorok gula oleh pemborong-pemborong akan berlaku. Dengan cara inilah mereka boleh mengaut keuntungan yang banyak. Akibatnya bekalan gula di pasaran berkurangan.

Dengan pengumuman ini para pengilang, pemborong dan peruncit yang secara kebetulan ada menyimpan stok yang banyak akan mengecap keuntungan yang banyak. Tahun 2010 membawa tuah kepada mereka kerana dengan tidak diduga sama sekali kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula RM0.20 sekologram beberapa jam sebelum tibanya tahun baru.

Bagi pengguna pula inilah berita yang kurang menyenangkan terutama sekali golongan petani dan pekebun yang tinggal di kampung-kanpung. Kebanyakan mereka mengamalkan peratanian sara diri dan tiada pengetahuan yang mencukupi untuk mengamalkan pertanian secara komersial. Dengan kenaikan harga gula dan roti putih kos hidup pengguna semakin meningkat. Gaji dan pendapatan sebahagian besar pengguna masih pada tahap yang sama. Dengan ini nilai pendapatan kebanyakan individu semakin berkurangan. Daya beli pengguna semakin terbatas kerana sejumlah wang tertentu terpaksa diperuntukkan kepada gula dan makanan yang bahan mentah utamanya ialah gula.

Dalam tempoh yang terdekat kebanyakan sumber makanan juga akan turut naik terutama sekali makanan dan minuman yang memerlukan gula sebagai bahan asasnya. Kepada mereka yang gemar makan dan minum di restoran, kedai kedai dan warong-warong harga setiap jenis minuman kecuali air suam dan air kosong akan naik harga sekurang-kurangnya RM0.10. Begitulah juga makanan yang perisa utamanya gula termasuklah pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk dsbnya. Barang makanan diproses oleh kilang juga sedikit masa lagi akan mengalami kenaikan harga kecuali beberapa jenis makanan yang kenaikan harganya dikawal oleh kerajaan. Kenaikan harganya mengambil masa yang lama kerana pihak pengilang perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.

Dengan kenaikan harga gula dan roti putih golongan pengilang, pemborong, peruncit akan menikmati keuntungan yang berterusan. Margin keuntungan mereka tidak berkurangan. Tambahan pula barang-barang lain akan turut sama naik harga secara berperingkat-peringkat. Pengusaha restoram, kedai makan dan warong tentunya lebih ceria kerana keuntungan mereka akan terus berlipat ganda. Harga gula naik RM0.20 sekilogram berbanding secawan tek atau kopi yang akan naik sekurang-kurangnya RM0.10. Sekilogram gula sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk membuat 12 hingga 15 gelas/cawan kopi o. Dapat kita bayangkan berapa banyak keuntungan yang dinikmati mereka. Sebenarnya kenaikan harga gula dan roti putih ini kesannya negatif ditanggung oleh pengguna.

Wednesday, December 23, 2009

PANGGILAN TELEFON DARI HOSPITAL SELAYANG

Pada 22 Disember 2009, jam 2.15 petang saya ke Ibu Pejabat Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) bertujuan mencetak ke tulisan Braille dua naskah Minit Mesyuarat AJK SBM Cawangan KL/Selangor. Pada masa sekarang SBM Cawangan KL?Selangor mempunyai 6 orang AJK dan 2 orang daripada kami menggunakan tulisan Braille. Setelah siap mencetak dokumen berkenaan saya pun bersembang dengan kerani am SBM untuk beberapa ketika. Saya tidak boleh melengahkan masa kerana Pengerusi Cawangan Encik Abas dan beberapa orang AJK sedang menunggu di cawangan untuk mengadakan perbincangan ringkas berkaitan jamuan akhir tahun.


Sebaik sahaja telefon berdering, Encik Bahari menjawab panggilan tersebut dan terus disambungkan kepada Cik Chok Siew Lee, Setiausaha Eksekutuf SBM. Saya meneruskan perbualan bersama Encik Bahari yang sedang menulis sesuatu di komputer dengan nada suara yang perlahan agar tidak mengganggu perbualan telefon. Setelah selesai berinteraksi dengan pemanggil berkenaan, Cik Chok terus mengajukan pertanyaan sama ada saya sudi atau tidak melakukan kerja sukarela. Oleh kerana soalannya terlalu umum, saya inginkan kepastian daripadanya tentang kerja sukarela yang dimaksudkan. Menurutnya, sebentar tadi beliau menerima panggilan dari Dr. Goh yang berkhidmat di hospital Selayang. Doktor berkenaan mempunyai seorang pesakit yang menghidap kencing manis. Akibat penyakitnya yang tidak terkawal matanya menjadi buta. Doktor pakar telah melakukan rawatan dan penglihatannya tidak dapat diselamatkan.


Menurut Dr. Goh Puan Sharifah berumur 50an dan berkhidmat sebagai guru. Doktor berkenaan meminta jasa baik Cik Chok agar dapat menghantar beberapa orang wakil SBM ke hospital Selayang bertujuan memberi dorongan dan perangsang kepada Puan Sharifah. Doktor yang merawatnya masih tidak mampu memulihkan tekanan perasaan dan jiwanya yang terganggu kerana hiang penglihatan. Kepada mana-mana ahli SBM yang berminat untuk mendampingi dan memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada Puan Sharifah bolehlah menghubungi Cik Chok Siew Lee Di SBM.


Berdasarkan kepada kisah ini dapat kita bayang dan renungkan betapa seksa dan menderita individu yang selama ini mempunyai penglihatan dengan secara mendadak hilang penglihatan. Sekian lama beliau bebas bergerak ke sana ke mari dengan menggunakan pengliahatannya tiba-tiba tidak dapat bergerak sendirian akibat tiada penglihatan. Bukan setakat tidak boleh bergerak pastinya beliau akan berasa sukar untuk melakukan sesuatu termasuklah menguruskan diri sendiri. Seandainya mempunyai anak. Anaklah yang akan membantunya dan membawanya ke sana dan ke mari. Asuhan dan didikan yang sempurna membolehkan anak-anak menghormati dan mengenang jasanya. Jika sebaliknya terpaksalah mengharapkan simpati orang lain.

Tuesday, December 22, 2009

SENARAI PEMENANG PEMAIN TERBAIK FIFA DARI TAHUN 1991 HINGGA TAHUN 2009

1. Tahun 2009 Lionel Messi (Argentina) mewakili pasukan Barcelona.
2. Tahun 2008 Cristiano Ronaldu (Portugal) mewakili pasukan Manchester United.
3. Tahun 2007 Kaka (Brazil) mewakili pasukan AC Milan.
4. Tahun 2006 Fabio Cannavaro (Itali) mewakili pasukan Real Madrid.
5. Tahun 2005 Ronaldinho (Brazil) mewakili pasukan Bercelona.
6. Tahun 2004 Ronaldinho (Brazil) mewakili pasukan Barcelona.
7. Tahun 2003 Zinedine Zidane (Perancis) mewakili pasukan Real Madrid.
8. Tahun 2002 Ronaldo (Brazil) mewakili pasukan Real Madrid.
9. Tahun 2001 Luis Figo (Pertugal) mewakili pasukan Real Madrid.
10. Tahun 2000 Zinedine Zidane (Perancis) mewakili pasukan Juventus.
11. Tahun 1999 Rivaldo (Brazil) mewakili pasukan Barcelona.
12. Tahun 1998 Zinedine Zidane (Perancis) mewakili pasukan Juventus.
13. Tahun 1997 Ronaldo (Brazil) mewakili pasukan Inter Milan.
14. Tahun 1996 Ronaldo (Brazil) mewakili pasukan Barcelona.
15. Tahun 1995 George Weah (Liberia) mewakili pasukan AC Milan.
16. Tahun 1994 Romario (Brazil) mewakili pasukan Barcelona.
17. Tahun 1993 Boberto Baggio (Itali) mewakili pasukan Juventus.
18. Tahun 1992 Marco van Basten (Belanda) mewakili pasukan AC Milan.
19. Tahun 1991 Lothar Matthaus (Jerman) Bayern Munich.

Friday, December 18, 2009

BAJET 2010 HANYA LULUS DENGAN MAJORITI 3 UNDI SAHAJA DI DEWAN RAKYAT

Pada jam 11.15 malam, 14 Disember 2009 satu detik yang mencemaskan berlaku dalam Dewan Rakyat di mana bacaan kelai ketiga Bajet 2010 diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja. 66 undi yang menyokong daripada anggora Parlimen BN dan 63 undi membantah daripada amggota Parlimen PR. Mujurlah Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin bergegas ke Dewan Rakyat untuk sama-sama mengundi. Jika tidak sempat hanya satu undi sahaja majoriti. Sebelumnya kedua-dua pemimpin utama negara itu menghadiri tugas rasmi di ibu kota. Atas rasa tanggungjawab dan komitmen yang tinggi beliau berdua dengan segera ke Dewan Rakyat demi menjaga maruah parti yang memerintah.


Terdahulu Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengalami nasib yang lebih memalukan di mana bajet 2010 untuk kementeriannya hanya lulus dengan majoriti satu undi sahaja. Pada ketika itu perdana menteri dan timbalannya tidak dapat hadir kerana menghadiri majlis rasmi yang memerlukan komitmen mereka. Sebelumnya perdana menteri telah mengingatkan semua ahli parlimen BN agar hadir ke Dewan Rakyat bertujuan menyokong bajet bacaan kali ketiga untuk semua kementerian. Kehadiran semua ahli parlimen BN penting bagi memastikan jumlah ahli parlimen BN melebihi jumlah ahli parlimen Pakatan Rakyat.


Sebagai mewakili parti yang memerintah iaitu Barisan Nasional sebahagian besar ahli parlimen mesti menghadiri sidang Dewan Rakyat dengan penuh tanggungjawab. Mereka dipilih oleh rakyat dan mesti menunaikan janji kepada rakyat untuk menyuarakan segala keperluan dan kehendak serta menyokong dasar dan bajet yang diperuntukkan kepada rakyat. Dalam tempoh hampir dua bulan iaitu dari 19 Oktober hingga 17 Disember 2009 takkanlah kebanyakan ahli parlimen terlalu sibuk sehingga tiada ruang dan peluang langsung untuk sama-sama hadir ke Dewan Rakyat. Tempoh berkenaan ialah jadual yang telah ditetapkan kepada semua ahli parlimen bagi membahaskan, menyemak dan akhir sekali menyokong bagi meluluskan bajet secara keseluruhannya bagi tahun 2010. Pada 14 DIsember 2009 iaitu hari yang telah ditetapkan untuk menokong atau membantah belanjawan bagi tahun 2010 seramai 74 orang ahli parlimen BN yang tidak hadir dan hanya 48% sahaja yang hadir ke Dewan Rakyat berbanding parti pembangkang 77% yang hadir iaitu seramai 63 orang ahli parlimen.


Sudah menjadi dasar dan prinsip parti pembangkang yang sentiasa mencari kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh parti yang memerintah. Dalam hal ini tentunya mereka tidak akan menyokong bajet 2010 yang telah dibentangkan di parlimen. Pada sesi perbahasan di parlimen ketua pembangkan di parlimen iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjelaskan dan mengetengahkan beberapa kelemahan yang terserlah dalam bajet 2010. Setelah bacaan kali ketiga dan dibuat undi belah bahagian tentunya semua ahli parlimen pembangkan yang hadir tidak menyokong bajet 2010. Mujurlah parti BN mendapat majoriti 3 undi bagi menjamin belanjawan tahun 2010 dapat digunakan oleh semua kementerian.


Seamdaomya beberapa ahli parlimen BN tidak sempat untuk ke parlimen dalam tempoh yang ditetapkan memungkinkan parti BN kalah dalam undian secara belah bahagian dan bajet tahun 2010 tidak diluluskan. Jika ini yang berlaku kerajaan sukar beroperasi. Mengikut konvensyen yang diamalkan di negara-negara lain termasuk negara Komanwel, Parlimen akan dibubarkan dan Perdana Menteri digantikan jika bajet nasional tidak diluluskan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menjelaskan perkara ini kepada semua ahli patlimen yang hadir. Secara tegas beliau mengatakan bahawa sekiranya pembentangan bajet tidak diambil serius oleh ahli Parlimen, terutama sekali penyokong kerajaan, maka kerajaan terpaksa membubarkan Parlimen untuk menghadapi pilihan raya sekali lagi. Secara konvensyen apabila ini yang berlaku kerajaan kalah dalam undian dan seolah-olah undi tidak percaya kepada kerajaan yang memerintah. Kesannya Dewan Rakyat terpaksa dibubarkan. Bila pilihanraya perlu diadakan akan melibatkan pengguinaan wang yang banyak.

Peristiwa pahir ini merupakan satu pengajaran yang harus dipandang serius oleh Perdana Menteri dan Timbalannya, semua menteri dan timbalan menteri. Semua yang terlibat harus sedar bahawa mereka dipilih oleh rakyat dan mereka merupakan insan terpilih yang dihormati oleh rakyat. Mereka harus menunaikan tanggungjawab untuk berkhidmat secara jujur kepada rakyat. Dalam usaha memulihkan keyakinan rakyat perkara seumpama ini tidak harus berulang lagi. Mereka tidak seharusnya menyalahkan pembangkang kerana dasar mereka sentiasa mencari kesalahan yang dilakukan oleh parti yang memerintah. Menghadiri sidang Dewan Rakyat merupakan kemestian bagi semua Ahli Parlimen.

Thursday, December 17, 2009

TERIMA KASIH PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 23 TAHUN MALAYSIA

Dengan tidak disandarkan dengan harapan yang menggunung, pasukan bola sepak di bawah bimbingan jurulatih yang tidak pernah mengenal putus asa telah berjaya menggondol pingat emas dengan menewaskan pasukan Vietnam 1-0 yang disebut-sebut sebagai pasukan yang paling unggul dalam arema permainan bola sepak di Asia Tenggara. Pada pusngan awal pasukan Malaysia tidak diberikan harapan langsung untuk menang dan berjaya layak je pertandingan akhir kerana diletakaan dalam kumpulan A bersama-sama dengan pasukan Thailand dan pasukan Viernama. Kedua-dua pasukan ini dijangkakan mempunyai harapan yang tinggi untuk layak ke perlawanan akhir.


Ribuan penyokong Vietnam menyaksikan kemenangan Malaysia ke atas negara mereka di Stadium National Laos. Dalam usaha beberapa pemain Vietnam cuba sedaya upaya untuk mempertahankan gawang mereka agar tidak dibolos oleh tendangan pemain-pemain Malaysia. Rembatan Syafik Rahim terkena pada pemain Vietnam iaitu Main Xuan Hop dan bola terus melencong masuk ke dalam pintu gol tanpa dapat diselamatkan oleh pejaga gol mereka. Gol jaringan sendiri ini telah memberi peluang kepada Malaysia menggondol pingat emas dalam temasya Sukan Sea yang ke XXV. Kali terakhir Malaysia memenangi emas untuk acara bola sepak dalam temasya Sukan Sea ialah pada tahun 1989 di Kuala Lumpur. Maknanya penantian selama 20 tahun telah membuahkan kejayaan. Tidak sia-sialah TV2 dan TV3 berusaha untuk menyiarkan secara langsung perlawanan akhir ini. Rakyat malaysia yang berminat dengan sukan bola sepak dapat menyaksikan dan meraikan kejayaan Malaysia secara terus dari Stadium National Laos.


Setelah Malaysia layak ke peringkat akhir jurulatih Vietnam, Henrique Calisto begitu gembira sekali. Pada anggapannya inilah peluang terbaik Vietnam setelah tiga kali berturut-turut hanya mendapat pingat perak. Musuh tradisinya Thailand telah ditewaskan oleh Malaysia 2-1 pada peringkat awal. Beliau masih tidak sedar bahawa kejayaan Malaysia menundukkan juara bola sepak Sukan Sea lapan kali berturut-turut menandakan pasukan Malaysia telah mulai mantap dan agak kuat. Baginya Malaysia tiada masalah untuk ditewaskan kerana pada pusngan awal dengan mudah pemian Vietnam berjaya menewaskan Malaysia dengan kedudukan 3-1. Menurutnya kesebelasan pemain Vietnam memang bersedia untuk bertarung dengan pasukan Malaysia yang dianggap pasukan belasahan.

Setelah berjaya menewaskan Laos 3-1 pada peringkat separuh akhir semangat pasukan Malaysia terus membara untuk memburu kejayaan pada perlawanan akhir menentang pasukan Vietnam yang amat digeruni. Dengan tunjuk ajar yang diketuai oleh K. Rajagopal akhirnya dengan tidak diduga sama sekali kilauan emas menjadi milik Malaysia. Kali terakhir Malaysia menggondol emas di gelanggang asing ialah pada tahun 1979 di Jakarta. Pada waktu ini pasukan Malaysia diketuai oleh penyerang berbisa Mokhtar Dahari yang kini menjadi legenda bola sepak Malaysia.

Dengan kejayaan ini diharapkan semangat "Malaysia Boleh" akan terus tertanam dalam jiwa setiap pemain Malaysia dan terus melakar kejayaan dalam pertandingan-pertandingan lain di peringkat antarabangsa. Pasukan bola sepak Malaysia dari sekarang mesti bersedia sekurang-kurangnya layak ke Sukan Asia pada tahun hadapan.




Wednesday, December 9, 2009

TERANGSANG DENGAN SEBUAH LAGU DALAM "YOU TUBE"

Pada 8 Disember 2009 saya bangun daripada tidur pada pukul 3.10 pagi kerana terlelap awal. Lantas saya padamkan suis televisyen yang telah tamat siaran. Sekadar mengisi masa lapang pada awal pagi, terdorong di hati untuk mendengar lagu Saleem yang sekian lama tak saya dengari. Saya begitu meminati kemerduan dan lenggokan suaranya yang mendayu-dayu. Saya hanya memilih lagu-lagu yang betul-betul saya minati sambil mengimbas kenangan lalu bersama-sama rakan-rakan di asrama SMPK Setapak dan di asrama ke-7 Universiti Malaya.


Sedang seronok memerhatikan tajuk lagu yang dipopularkan oleh Sallem, terjumpa lagu "Namun Ku Punya Hati" yang dinyanyikan oleh Saleem. Masih segar dalam ingatan penyanyi asalnya lagu ini ialah Freedy Penandez. Sebenarnya saya kurang berminat untuk mendengar satu-satu lagu yang dinyanyikan oleh bukan penyanyi asal lagu berkenaan. Kali ini teragak pula hendak mendengar lagu "Namun Ku Punya Hati" yang dinyanyikan oleh Saleem.


Dengan segera saya terus klik tetikus ke lagu berkenaan. Saya sangat teruja dan terangsang apabila melihat gambar latar tempat yang ditayangkan ialah di Bengkel MAB yang terletak bersebelahan dengan Bank Simpanan Nasional. Kini bengkel tersebut cuma tinggal kenangan kerana telah terbakar pada tahun 2002. Dapat saya perhatikan, Juru kamera telah memfokuskan kamera videonya kepada aktiviti-aktiviti orang buta di bengkel termasuklah Pak Lah dan arwah isterinaya sedang membungkus skeru, Begitu juga dengan Kak Leha dan arwah suaminya, Turut difokuskan kepada Encik Ismail Bajan dan isterinya dan beberapa orang pembungkus sekeru yang lain. Tidak Ketinggalan Encik Ramli Yusof dengan bakul sampahnya. Juru kamera juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar Encik Fairuz yang sedang melaksanakan tugasnya iaitu menulis laporan hariannya dengan menggunakan mesin Braille.


Lanser kamerenya juga turut dihalakan kepada sekumpulan orang cacat penglihatan sedang berbual-bual di ruang legar bengkel. Mereka yang sedang berbual semuanya saya kenali. Antara mereka termasuklah Encik Ahmad Abddullah yang kerap ke sana setelah selesai bertugas di Perpustakaan MAB. Kawan saya Encik Azman Sukerman yang saya kenali sejak di tingkatan empat. Kelihatan Encik Azman sedang ketawa. Mungkin topik yang sedang dibualkan menggelikan hatinya. Kawan rapat saya sejak tahun 1994, Encik Yusof Mamat yang sedang ber-bual-bual dengan begitu riang sekali sambil bermian-main dengan tongkatnya. Kelihatan tongkat digeselkan ke hidung dan terus turun ke mulut. Agak melucukan juru kamera tidak melepaskan peluang merakam Encik Yusof menjilat tongkatnya. Turut berada di situ ialah kawan baik saya sejak di bangku sekolah rendah lagi, Encik Muhamad Mohd Ali. Sewaktu gambar diambil dia kelihatan sedikit kurus dan rambut masih menebal di kepada berbianding sekarang sedikit gemuk dan mula mengalami keguguran rambut.


Tidak kurang lima kali saya mengulangi lagu berkenaan semata-mata ingin melihat suasana dan gambaran di bengkel MAB. Terimbas kembali sewaktu saya dan rakan-rakan melepak di bengkel MAB kalau tak silap saya dari tahun 1994 hingga tahun 2002. Banyak peristiwa suka dan duka terkenang kembali bersama-sama rakan-rakan sewaktu melepak di bengkel MAB. Dengan terjumpanya lagu Namun Ku Punya Hati nyanyian saleem menerusi You Tube dapatlah saya melihat beberapa aktiviti yang dilakukan oleh orang cacat penglihatan di Bengkel MAB. Bila terasa bosan saya akan melihat beberapa gelagat rakan-rakan saya yang melucukan.

Sunday, December 6, 2009

MALU MENGAKU SEBAGAI GURU YANG MENGAJAR PELAJAR CACAT

Pada 12 November 2009 saya ke Dewan Serbaguna E12, Kompleks Kerajaan, Putarajaya bersama 3 orang guru dan seorang Pembantu Am Rendah. Kami ke sana bertujuan untuk raptai Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2008. Salah seorang daripada kami telah mempelawa saya menumpang keretanya. Lega rasa di hati kerana dengan menaiki kenderaan awam pada waktu tengah hari agak panas dan memenatkan. Kami tiba di Dewan Serbaguna E12 pada pukul 1.20 tengah hari. Sebelum raptai bermula kami menikmati makanan yang disediakan oleh pihak penganjur. Semua penerima anugerah masih dalam kelompok masing-masing.


Tepat pada pukul 2.15 petang, pihak penganjur iaitu Bahagian Pendidikna khas, kementerian Pelajaran Malaysia menyebut nama pemenrima anugerah dan ditempatkan di meja tertentu. Saya ditempatkan bersama-sama guru dari SMPK Setapak Kuala Lumpur,, SMPK Persekutuan Pulau Pinang dan SMPK Indahpura. Kulai, Johor. Sementara menantikan raptai bermula kami berkenalan dan berbual-bual. Pada mulanya topik perbualan tertumpu kepada rasa tidak puas hati terhadap pengendalian raptai Majlis APC. Masing-masing melontarkan komen dan kemudian memberikan pendapat dan pandangan yang sia-sia kerana tidak diluahkan kepada pihak yang sepatutnya. Cuma didengar sesama mereka sahaja.

Saya terangsang dan agak terkilan dengan sebabak dialog antara dua orang guru. Seorang daripada mereka mengajar di sekolah menengah masalah penglihatan dan yang seorang lagi mengajar di sekolah menengah masalah pendengaran. dialog yang agak menarik dan boleh mengguris hati orang cacat ialah:
"cikgu pekak ke", tanya sipulan. Sambil ketawa dia terus meminta maaf kokonnya soalan yang diajukan agak kasar. "saya, kalau balik kampung, saya tak mengaku mengajar orang pekak" jawab cikgu berkenaan dengan selamba. "yalah, kalau dia orang tahu macam-macam soalan yang ditanya, boleh mengajar ke, tak ada masalah ke, orang pekak boleh faham ke" tambah sipulan sambil mengiakan kata cikgu berkenaan.

Meskipun dialog yang saya tuliskan daripada perbualan mereka agak ringkas namun di dalamnya penuh dengan maksud yang tersirat. Jika begitulah anggapan mereka, mereka tidak mempunyai hati yang tulus dan ikhlas untuk mengajar pelajar cacat. Mereka mendidik pelajar cacat mungkin dihantar oleh bahagian penempatan ke sekolah cacat. Hakikat yang sebenar hati mereka tidak rela dan terpaksa bertugas demi wang. Mungkin juga mereka memohon pendidikan khas setelah tiada peluang untuk memohon jurusan atau jawatan lain. Pada suatu ketika pendidikan khaslah mempunyai peluang kerjaya yang luas kerana beberapa universiti menawarkan kursus pendidikan khas. Mereka bekerja semata-mata kerana wang dan kebendaan bukannya niat suci untuk mendidik pelajar cacat.

Tidak salah rasanya saya beranggapan semua kategori cacat tidak disukai dan dibenci oleh manusia yang normal fizikal dan mentalnya. Atas hakikat inilah setiap Institut Pendidikan Guru dan universiti yang menawarkan kursus pendidikan khas harus mewajibkan semua pelatih atau penunututnya mengikuti kursus orientasi dan motivasi bertujuan memupuk dan membimbing mereka agar mempunyai rasa sayang kepada pelajar cacat yang bakal diajar kelak. Di samping mempunyai ilmu pendidikan khas mereka juga perlu diasimilasikan dengan pelajar cacat. Hal ini penting supaya mereka tidak janggal dan berasa jijik untuk bergaul mesra dengan pelajar cacat. Tanpa penerapan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan pelajar cacat, objektif pengajaran dan pembelajaran sukar untuk dicapai. Dalam proses mendidik pelajar-pelajar cacat Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia harus mencontohi negara-negara barat yang telah sekian lama berjaya mendidik pelajar-pelajar cacat. Mereka benar-benar menghayati dan mempraktikkan konsep "caring society".

.

Thursday, November 12, 2009

Tanggapan songsang perkataan "BUTA" dalam masyarakat Melayu

"BUTA" bolehlah diertikan sebagai tidak dapat melihat. Secara luaran, mata yang digunakan untuk melihat tidak boleh berfungsi langsung. Mata dimiliki oleh benda-benda hidup seperti manusia, binatang dan makhluk-makhluk lain yang wujud di dunia. Tiada pandangan mungkin berpunca daripada kecacatan mata yang dialami oleh benda-benda hidup sejak dilahirkan. Barangkali juga penyakit yang meneyerang mata seperti glukoma dsbnya. Mata tidak boleh sembuh seperti asal yang akhirnya menyebabkan buta. Dengan tidak diduga hidupan tertentu ditimpa kemalangan dan mencederakan bahagian muka termasuk mata. Kecederaan mata yang teruk boleh mengakibatkan buta. Semua hidupan tidak mahu dirinya buta. Jika buta, pergerakan akan terbatas dan hari-hari yang dilalui penuh dengan cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuhi. Peluang untuk bekerja amat terhad dan jika terlalu terdesak terpaksa menghrap simpati orang. Orang yang buta mesti menghadapi berbagai-bagai persepsi dan tanggapan daripada masyarakatnya sendiri.


Masyarakat Melayu amat peka dengan segala bentuk sifat, perlakuan dan tabiat hidupan yang berlaku di dalam dan di luar lingkungan kelompok mereka. Sama ada baik atau sebaliknya sesuatu perlakuan dan sifat itu kelompok masyarakat yang kreatif akan jadikan sebagai peribahasa, pantun, gurindak seloka dan sebagainya. Jika kita amati secara mendalam masyarakat Melayu memang terkenal dengan tutur katanya yang lembut dan bersopan. Bila menegur atau menasihati orang tidak secara terus terang. Untuk menjaga hati dan perasaan orang khiasan dan sindiran digunakan secara berhati-hati. Bagaimanapun, kita harus menerima hakikat bahawa masyarakat Melayu tidak suka dengan sifat buta yang ada pada setiap hidupan terutama sekali manusia. Banyak sekali gambaran dan perlambangan berkaitan dengan unsur-unsur negatif dan perbuatan songsang dikaitkan dengan perkataan "buta". Begitu hina dan jijik sekali konsep "buta" dalam masyarakat Melayu. Tidak salah kalau dikatakan butalah jenis kecacatan yang paling ditakuti oleh masyarakat Melayu. Tidak hairanlah dalam sesebuah keluarga Melayu jika dalam kalangan ahli keluarganya ada yang buta. Tentunya dia tidak akan berperanan dalam keluarganya. Kalau berperanan pun pada situasi yang mempersenda atau memperkecil-kecilkan ahli keluarga berkenaan. Sememangnya si buta akan berasa bosan dan terus memendam rasa. Sesiapa yang pernah membaca cerita lama orang Melayu yang telah dibukukan iaitu Hikayat Malim Demam akan terjumpa kalimat "yang kurap memikul buluh, yang pekak memalu gong, yang kudung menghalau ayam, yang buta meniup tepung". Secara tersurat hikayat ini menggambarkan peranan yang boleh diberi kepada orang cacat. Secara tersiratnya peranan yang ditonjolkan oleh masyarakat Melayu terhadap orang cacat seolah-oleh mengejek sambil menghina.


Kehidupan tradisi orang Melayu masih terkongkong. Mereka begitu menaruh prasangka dan bersikap prajudis terhadap orang cacat terutama sekali terhadap orang-orang buta. Bagi mereka, bila tiada penglihatan mereka sukar untuk memahami dan mengetahui sesuatu perkara dengan jelas. Jika orang buta bercakap sukar dipercayai kerana si buta akan memberi maklumat yang salah dan terpesong. Jika kerap bergaul dengan orang Melayu dan jika kerap membaca buku peribahasa pasti akan terjumpa dengan kalimat "seperti orang buta meraba gajah". Kalimat ini menggambarkan orang yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu perkara dan memberi maklumat kepada orang lain secara tidak tepat dan tersasar sama sekali. Jelas di sini betapa teruknya pandangan orang-orang Melayu terhadap orang buta. Tanpa berfikir panjang, pakar motivasi, penceramah agama dan kaunselor yang berbangsa Melayu akan menggunakan kalimat ini bagi menggambarkan masayarakat yang tidak berpengetahuan dan sering memberi tanggapan yang salah terhadap sesuatu perkara terutama isu-isu agama dan isu-isu politik masa kini.


Perkataan buta dapat kita dengar dan perhatikan dalam semua ruang lingkup masyarakat Melayu yang berfokuskan kepada unsur negatif. Hidup kita bukan sentiasa sihat, sekali-sekala kita diuji oleh tuhan dengan berbagai-bagai jenis penyakit. Kebanyakan penyakit ada ubat dan penawarnya. Sejenis penyakit kulit yang disebabkn oleh hama yang biasanya menyerang di celaj-celah jari atau pelipat badan manusia. Hama ini akan meyebabkan kegatalan terutama sekali pada waktu malam. Masyarakat Melayu menamakan penyakut ini sebagai kudis buta. Dalam istilah perubatan disebut sebagai Scabies. Penyakit ini diberi nama kudis buta mungkin kerana kulit yang diserang penyakut ini kelihatan kotor dan jijik untuk dipandang.


Kita semua sedia maklum bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Sudah menjadi dasar KBSR iaitu mendidik murid untuk menguasai (4M) iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Tidak hairan sekiranya dalam tempoh enam tahun di sekolah rendah terdapat segelintir murid yang masih tidak mampu membaca. Otak mereka sukar berfungsi untuk menterjemahkan gabungan huruf-huruf tertentu dalam bentuk perkataan. Masyarakat Melayu menggelarkan mereka yang tidak tahu membaca sebagai buta huruf. Pada hakikat yang sebenar mata mereka nampak huruf cuma kesinambungan di antara otak dan mata yang menimbulkan masalah. Dalam proses menimba ilmu pengetahuan masalah tidak tahu membaca paling ditakuti oleh ibu bapa. Jika anak-anak tidak tahu membaca mereka tidak akan dapat mengikuti pelajaran dengan sempurna. Memandangkan perkara ini paling negataf dalam proses belajar, masyarakat Melayu terus memadankan perkataan buta dengan huruf, Jadilah buta huruf.


Masyarakat Melayu begitu peka dengan waktu. pada zaman dahulu sebelum mereka pandai menggunakan jam, waktu ditentukan dengan cara melihat perubahan matahari dan bulan. Pada waktu siang antara pukul 6.00 pagi hingga 7.00 petang kita dapat melihat alam sekelulung dengan jelas tanpa bantuan alat-alat ciptaan masnusia semperti lampu dsbnya. Pada waktu malam suasana sekeliling menjadi gelap dan kawasan sekitar akan dipasang dengan lampu, pelita dsbnya. Jika kita mendongak ke langit dapat dilihat cahaya bulan atau bintang. Pada hari-hari tertentu bulan tidak bersinar dan bintang tidak berkerdipan. Suasana begina disebuat oleh masayarakat Melayu sebagai malam-malam buta. Maknanya keadaan yang helap gelita digambarkan dengan perkataan buta. Pada waktu malam beginilah masayarakat Melayu melarang berjalan-jalan di luar rumah. Mereka bimbang seandainya diganggu oleh makhluk luarbiasa atau diserang oleh binatang dsbnya. Dalam situasi begini perkataan "buta" juga sesuai digunakan.


Dalam kalangan masyarakat Melayu jika seseorang individu atau sekumpulan manusia melakukan sesuatu kerja atau tugasan secara tidak bertanggungjawab dan tidak berhati-hati, tentunya akan dikutuk dan dikecam oleh orang yang mempunyai kaitan dan kepentingan dengan tugasan yang tidak sempurna itu. Oleh kerana perbuatan seumpama ini sangat tidak disukai dan dibenci oleh kebanyakan orang Melayu, mereka yang berkenaan dikatakan melakukan tugasan atau kerja secara membuta-tuli. Betapa sinisnya kata majmuk ini yang menggunakan dua perkataan yang dirujuk kepada hidupan yang cacat iaitu buta dan tuli. Mereka ingin menggambarkan individu atau sekumpulan orang yang menyelesaikan sesuatu perkara dengan tidak sempurna ini tidak mendengar nasihat dan penerangan terlebih dahulu dan tidak memerhatikan dengan penuh perhatian sewaktu arahan dan tunjuk ajar diberikan. khiasan yang diberikan kepada orang yang melakukan kerja tanpa berfikir tidak setakat itu sahaja. Gambaran yang lebih dahsyat dan sinis turut ditonjolkan oleh masayarakat Melayu. Kita pasti sering terdengar peribahasa "membabi buta". Mereka menjamakkan dua perkataan iaitu "babi dan "buta". Sesuai sangatlah padanan yang diberikan babi berlari secara lurus tanpa melihat apa yang ada di hadapannya. buta pula dirujuk kepada tidak dapat melihat dan memandang sesuatu. Peribahasa ini sebenarnya memang menghina orang buta kerana perkataan buta dipadankan dengan babi yang merupakan binatang najis bagi orang Islam dan kebanyakan orang Melayu beragama Islam.


Dalam kelompok masyarakat Melayu lama jodoh seseorang teruna atau dara akan ditentukan oleh ibu bapa atau saudara terdekat masing-masing. Urusan pinang-meminang, nertunang dan akhir sekali bernikah akan diselia oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Salah satu ciri yang menjadi pertimbangan ialah rupa paras dan pekerjaan. Barulah dikata orang bagai pinang dibelah dua. Masa kini keadaan telah berubah. teruna atau dara akan mencari sendiri jodoh masing-masing. Bila antara mereka telah sehati sejiwa barulah hasrat disampaikan kepada ibu bapada dan saudara terdekat. Banyak juga pasangan yang mendapat tentangan keluarga kerana tidak setaraf dan sebagainya. Kata orang Melayu tak sekufu. Biasanya keluarga terdekat terpaksa terima kerana pasangan tetap tidak mahu berganjak dan cuba meyakinkan keluarga sedaya upaya yang boleh. Situasi beginilah disebut oleh orang Melayu "cinta itu buta". Buruk di nata orang, cantik di mata saya. Jelasnya cinta seseorang kita tidak boleh menilai dengan mata kasar. Penilaian yang kita jangkakan terhadap sesetengah pasangan tidak tepat. Hanya empunya diri sahaja yang tahu dan dapat menjiwai cinta mereka. Maksudnya di sini ketidakmampuan mata kasar menanggapi nilai cinta sepasang suami isteri dan pasangan yang sedang bercinta dikhiaskan dengan "buta".

Dalam soal nikah kahwin masyarakat Melayu perkataan "buta" juga digunakan dan sangat melucukan. serta agak sensitif. Mengikut ajaran Islam cerai talak tiga tidak boleh dirujuk semula. Kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Sewaktu terlalu geram dan sangat marah cerai dilafazkan dengan talak tiga. Setelah sekian lama menyesal pula dan sesetengahnya gila talak. Dalam soal nilah kahwin orang Melayu sangat kreatif. Dia cipta satu kata majmuk yang dinamakan sebagai "cina buta". Mengikut budaya maysarakat Melayu cina buta bermaksud seseorang yang telah bercerai talak tiga dan ingin rujuk semula, si perempuan perlu mendapatkan seorang lelaki lain dan berkahwin dalam tempoh tertentu. Setelah bercerai dengan pak sanggup sebagai suami sementara barulah boleh berkahwin semula dengan suami asal. Setelah saya bertanya sana sini untuk mendapatkan penjelasan bagaimana wujudnya istilah "cina buta". Tiada satu pun jawapan yang mantap dan meyakinkan. Persoalan yang masih bermain-main dalam fikiran saya ialah situasi apakah yang boleh wujudnya cantuman dua perkataan yang melibatkan bangsa dan kecacatan.

Jika kita teliti dan perhatikan banyak lagi perkataan "buta" yang digunakan dalam segala aspek kehidupan orang Melayu. Perkataan :buta" diselitkan dan disesuaikan dalam peribahasa, pantun, khiasan, ejekan, perbualan cerita rakyat dsbnya. Saya hanya membicarakanbeberapa sahaja yang seringkita dengan dan digunakan secara meluas dalam masyarakat Melayu dari dulu sehingga kini.

Secara kesmpulannya, perkataan "buta" yang digunakan dalam masayarakat Melayu semuanya dalam bentuk yang negatif. Tidak hairanlah dalam sesetengah keadaan dan situasi orang buta memang terasing dan tersisih dalam masayarakat Melayu. Dalam usaha kita menghala ke era Melayu moden unsur-unsur seperti ini harus dikikis dan dipinggirkan sedikit demi sedikit. Masayarakat Melayu yang kaya dengan sopan santan dan lemah lembut mesti menghapuskan sikap menghina orang cacat terutamas sekali orang buta. Saya berkata begini bukan kerana saya menyebelahi orang-orang buta. Pada hakikat yang sebebanar perkataan "buta" paling kerapa digunakan bagi menggambarkan sesuatu keadaan dan sikap yang sumbang dan terpesong.


Monday, October 19, 2009

PENJUALAN RUMAH PPR KEPADA RAKYAT. PRO DAN KONTRA.

Projek Perumahan Rakyat diperuntukkan kepada golongan yang mempunyai pendapatan rendah iaitu pendapatan isi keluarga asas di bawah RM2,500.00 ke bawah. Pendapatan yang dimaksudkan ialah pendapatan terkumpul suami isteri dan memelihara beberapa orang anak yang belum bekerja. Kadar ini merujuk kepada beberapa bandar utama di Malaysia yang telah pesat membangun dengan taraf hidup yang agak tinggi terutama sekali di Lembah Kelang. Jika di Kuala Lumpur mana-mana keluarga yang layak menyewa dan menduduki rumah PPR dikenakan sewa bulanan RM124.00 sahaja. Rumah PPR ini diselia dan diuruskan oleh majlis kerajaan tempatan. Di kuala Lumpur diselia oleh DBKL dan di Selangor diuruskan oleh PKNS. Mereka yang mnyewa tidak mempunyai pemilikan yang mutlak terhadap rumah yang diduduki malah mereka akan dipantau oleh bahagian pengurusan perumahan dan penguatkuasa majlis kerajaan tempatan setiap 3 hingga 6 bulan sekali. Rumah yang diduduki tidak boleh disewa kepada mana-mana pihak termasuklah saudara-mara terdekat. Setiap kali berlaku penambahan ahli keluarga mesti dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan yang menyelia perumahan berkenaan.


Menjelanag sahaja pilihanraya umum setiap 5 tahun sekali salah satu tuntutan rakyat ialah menuntut penjualan rumah PPR kepada penghuni yang telah sekian lama menyewa. Berbagai-bagai fakta dan pendapat yang diluahkan oleh rakyat dengan tujuan utama untuk memujuk kerajaan agar membenarkan mereka memiliki rumah PPR secara sewa beli atau ditawarkan secara jualan kepada mereka yang mampu. Desakan yang bertali arus ditujukan kepada wakil rakyat tertentu terutama sekali di sekitar Kuala Lumpur. Seribu satu macam alasan pula yang disuarakan oleh wakil rakyat tertentu kepada penduduk-penduduk yang diwaklinya. Mungkin kerana permintaan dan kehendak rakyat ini tidak dilayan sewajarnya oleh kerajaan maka beberapa kawasan parlimen di Kuala Lumpur mengalami kekalahan secara mengejut dalam pilihanraya yang ke-12 pada 8 Mac 2008.


Setelah Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak meneraju pemerintahan negara sebagai perdana menteri pada 3 Mac 2009, dari awal lagi beliau telah mengatur strategi untuk menambat dan memulih sokongan rakyat kepada parti Barisan Nasional yang telah sekian lama memerintah negara dan agak merosot pungutan kerusi DUN dan parlimen pada pilihanraya yang ke-12. Menjelang 100 hari pemerintahannya bertarikh 11 Julai 2009 beliau telah mengumumkan 11 hadiah istimewa yang akan diberikan kepada rakyat. Kebanyakan hadiah disasarkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah terutama sekali mereka yang tinggal di banadar dan berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi. Salah satu hadiah yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah memberi laluan kepada penyewa-penyewa rumah PPR dan rumah pangsa di bawah seliaan kerajaan tempatan membeli rumah yang diduduki selama ini. Perdana Menteri telah melancarkan penjualan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di PPR Kerinchi pada 10 Oktober 2009, jam 2.00 petang. Turut hadir dalam majlis ini ialah Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan. Harga yang ditawarkan antara RM21.500.00 hingga RM35,000.00 bergantung kepada saiz rumah dan jumlah bilik. Rumah-rumah ini akan ditawarkan kepada mereka yang telah menduduki PPR dan purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500.00.


Dengan penjualan 45.000 unit rumah PPR kepada rakyat diharapkan secara beransur-ansur akan dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada parti BN. Perdana Mneteri dan kerajaan begitu peka dan mengambil berat kepada kehendak rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Sememangnya penjualan rumah PPR merupakan hadiah kerajaan yang amat bermakna kepada rakyat yang mempunyai purata pendapatan bulanan RM2,500.00 ke bawah dan mempunyai anak yang ramai. Dengan pendekatan melayan rintihan dan permintaan rakyat menunjukkan kerajaan benar-benar bertanggungjawab terhadap keperluan rakyat dan memainkan peranan secara jujur dalam usaha membela nasib rakyat. Kerajaan memberi perhatian yang serius kepada golongan sasar iaitu mereka yang masih belum memiliki rumah sendiri. Dengan strategi yang berkesan ini sokongan rakyat kepada parti BN semakin bertambah. Tidak hairan dan mustahil dalam pilihanraya umum pada tahun 2012 nanti parti BN akan dapat merampas semula kerusi parlimen yang sebelum ini milik BN berjaya dirampas oleh pari pembangkang iaitu parti PAS, Keadilan Rakyat dan DAP.


Kesanggupan kerajaan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah membeli rumah PPR dengan harga di bawah pasaran akan mewujudkan satu golongan masyarakat yang berupaya memiliki rumah sendiri. Mereka tidak perlu lagi menyewa rumah pangsa yang diuruskan oleh kerajaan tempatan. Jika di Kuala Lumpur diuruskan oleh DBKL. Meskipun mereka bekerja dan tinggal di bandar yang tinggi kos hidupnya namun masih mampu memiliki rumah yang sekurang-kurangnya mempunyai satu bilik hingga tiga bilik. Pemilikan jenis rumah bergantung kepada pendapatan seisi keluarga dan jumlah anggota keluarga. Dengan subsidi harga yang diberikan oleh kerajaan, mereka yang mempunyai pendapatan di bawah RM2,500.00 sebulan mampu memiliki harta di bandar sekurang-kurangnya sebuah rumah kos rendah.

Dengan berkonsepkan Rumah Mampu Milik sebahagian besar mereka yang berhijrah ke bandar serta mempunyai pendapatan rendah mampu memiliki rumak kos rendah. dengan langkah kerajaan yang memberi keistimewaan kepada mereka berkaitan pembelian dan pemilikan rumah, tentunya mereka akan terus menetap di bandar. Secara langsung langkah ini merupakan satu strategi dalam usaha menyeimbangkan penduduk yang berbilang kaum di bandar. Pendudukan di bandar tidak akan didominan oleh kaum-kaum tertentu sahaja. Di bandar-bandar utama juga penduduknya tidak hanya tertumpu kepada mereka yang berpendapatan tinggi sahaja. Dengan cara ini mereka yang berpendapatan rendah juga akan mampu dan berupaya menetap di bandar.

Dengan memiliki rumah sendiri, seseorang ketua keluarga tidak perlu lagi bersusah payah menghubungi, menulis surat dan mengisi borang bertujuan untuk kajian semula untuk terus tinggal di rumah pangsa kendalian kerajaan tempatan. Tempoh kajian semula bergantung kepada surat tawaran dan perjanjian yang diterima oleh seseorang pemohon. Biasanya dalam tempoh 1. 3 atau lima tahun. Mereka tidak akan menghadapi risiko ditamatkan tempoh penyewaan, diarahkan berpindah ke lokasi lain dan sebagainya. Pembeli akan dapat terus tinggal di rumah yang dimiliki selagi dia menjslaskan hutangnya kepada bank tertentu. Setelah tamat bayaran, rumah yang dibeli akan menjadi miliknya secara mutlak.

Setelah mencapai tempoh tertentu rumah yang dibeli akan dapat disewa kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari tempat tinggal yang berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam. Kebanyakan rumah PPR dibina di kawasan yang strategik dan berhampiran dengan bandar. Penghuni atau penyewa mudah berurusan dengan bank , jabatan kerajaan, mendapatkan rawatan kesihatan dsbnya. Pemilik rumah akan menawarkan rumah mereka dengan kadar sewaan RM450.00 hingga RM500.00 sebulan. Pemilik rumah yang menyewa rumah mereka boleh tinggal di rumah anak-anak yang telah bekerja dan mampu membeli rumah. Dengan cara ini mereka boleh menambahkan pendapatan dan taraf hidup juga akan bertambah baik.

Tidak dapat dinafikan kerajaan sentiasa peka dan begitu prihatin dengan kehendak dan tuntutan rakyat. Dalam isu penjulana Projek Perumahan Rakyat kepada mereka yang telah sekian lama menetap di Bandar adalah satu langkah yang dialu-alukan. Bagaimanapun, kerajaan tidak sewajarnya menjual semua PPR kepada rakyat. PPR yang dikhususkan untuk disewa perlu ada pada setiap masa. Kadar sewa yang dikenakan oleh DBKL dan kerajaan tempatan yang lain amat mesra rakyat dan mampu dibayar oleh mereka yang berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan melalui agensinya iaitu seperti DBKL dsbnya harus melaksanakan penjualan ini secara berhati-hati. Mereka yang layak membeli juga harus dibuat penilaian dan pemilihan yang teliti. Pengagihan dan penjulana PPR secara adil dan saksama sebetulnya harus dijadikan sebagai prosedur yang utama. Pastikan tiada rakyat yang teraniaya. Penawaran penyewaan rumah pangsa DBKL mesti sentiasa dibuka kepada mereka yang menghuni di Kuala Lumpur. Permohonan bagi menyewa PPR tidak seharusnya dibekukan, jika disekat sama ada sementara waktu atau berterusan semmemangnya telah menyekat hak asasi rakyat.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, rumah PPR akan dijual kepada mereka yang telah sekian lama menghuni secara berperingkat-peringkat. Jika benar maklumat ini secara bernasur-ansur juga rumah yang ditawarkan untuk disewa oleh warga kota yang berpendapatan rendah semakin berkurangan. Dalam jangka masa panjang sikap murah hati kerajaan ini lebih menyusahkan rakyat kerana generasi baru yang berpendapatan rendah akan sukar untuk menyewa rumah pangsa kendalian DBKL. Secara terpaksa mereka mesti menyewa rumah dengan kadar sewa bulanan RM450.00 hingga RM600.00. Kadar sewa bergantung kepada lokasi rumah, kelengkapan rumah, kemudahan-kemudahan sosial dsbnya. Setelah dijual, rumah yang dahulunya cuma RM124.00 setelah dijual akan bertambah nilai secara mendadak, Mereka yang tinggal di kota akan dibelenggu dengan kos hidup yang terlalu tinggi. Sebagai jalan penyelesaian mereka akan cuba mencari kerja tambahan seperti pemandu teksi, berniaga secara kecil-kecilan dsbnya.

Dalam jangka masa panjang penjualan rumah PPR kepada penghuni-penghuni yang sekian lama menyewa sebenarnya menyusahkan rakyat. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal dan bekerja di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown dsbnya. Rumah sewa di bawah seliaan kerajaan tempatan semakin berkurangan dan jumlah rakyat yang layak menyewa juga akan dukurangkan jumlahnya. Sebenarnya masih ramai lagi mereka yang bekerja dan tinggal di bandar-bandar besar memperolehi purata pendapatan di bawah RM2,000.00 sebulan. Dengan taraf hidup yang semakin meningkat dan harga barangan yang sentiasa bertambah akak membebankan keluarga yang tinggal di bandar. Dicengkam pula dengan masalah kadar sewa rumah yang sangat tinggi. Justeru itu, kerajaan tidak sewajarnya menual rumah PPR sewenang-wenangnya kepada rakyat.

Seandainya penjualan rumah PPR ini diteruskan secara berleluasa tanpa memikirkan generasi yang akan datang, sudah semestinya akan wujud jurang perbezaan yang ketara di antara mereka yang berada dengan mereka yang dikategorikan sebagai miskin kerana mempunyai pendapatan yang rendah dan terpaksa pula membayar sewa rumah yang tinggi. Yang dimaksudkan dengan mereka yang berada di sini ialah mereka yang mempunyai pekerjaan yang agak lumayan di samping mempunyai beberapa buah rumah yang disewakan kepada pengjuni-penghuni kota. Kebanyakan rumah pangsa di Kuala Lumpur kadar sewa yang terendah pun sekitar RM400.00 hingga RM500.00. Bayangkan mereka yang mempunyai purata pendapatan RM1,500.00 hingga RM2,000.00 dan terpaksa menyewa rumah pada kadar sewa berkenaan amat membebankan. Lebih terasa bagi pasangan suami isteri yang mempunyai anak yang ramai. Mahu tidak mahu kerajaan tempatan seperti DBKL mesti memberi peluang dan ruang kepada mereka yang berpendapatan rendah menyewa rumah pangsa DBKL yang menawarkan sewa bulanan RM94.00 sebulan hingga RN250.00 sebulan.

Pada hakikat yang sebenar langkah kerajaan menawarkan rumah PPR untuk dijual kepada penghuni-penghuni yang telah sekian lama menyewa adalah satu langkah yang harus dipuji. Mereka yang selama ini hanya menyewa diberi hak pula untuk membeli sememangnya menguntungkan rakyat. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai sedikit harta di bandar. Sebelum ini hanya mereka yang berpendapatan tinggi sahaja yang mampu memiuliki harta di bandar. Pada masa yang sama kerajaan harus memikirkan nasib generasi pewaris yang kurang mampu dan bekerja di bandar. Atas sebab inilah rumah PPR tidak harus dijual semuanya. Kerajaan di bawah agensinya kerajaan tempatan mesti memperuntukan jumlah rumah tertentu hanya disewa kepada rakyat yang memerlukan. Dasar perumahan harus dirancang dan dilaksanakan secara berhati-hati. Jika tersilap percaturan kerajaan akan menghadapi masalah desakan dan tekanan yang tidak henti-henti daripada rakyat yang tertindas.








Friday, October 16, 2009

IMBASAN KURSUS DI INTAN

Dari 11 hingga 16 Oktober 2009 saya dan 50 guru OKU penglihatan dari seluruh Malaysai telah menghadiri Kursus Persediaan Tahap Kecekapan (Modul Umum) Bagi Guru-Guru OKU Penglihatan di INTAN Bukit Kiara. Kursus ini telah dirancang oleh dua orang guru iaitu Encik Saifuddin Muhammad dan Encik Mohd Fekkeri Mat Jusoh yang mewakili Jawatankuasa Pekerjaan dan Pembangunan Komputer Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM). Kursus yang melibatkan sebahagian besar guru-guru OKU penglihatan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pekerjaan dan Pembangunan Komputer SBM dengan dibiaya dan diselia sepenuhnya oleh pihak INTAN. Bahagian Pendidikan Khas turut memberi kerjasama dengan memberi pelepasan kepada guru-guru yang terlibat untuk menyertai kursus ini. BPKhas juga menaggung tambang perjalanan pergi dan balik setiap peserta dari rumah atau sekolah masing-masing ke Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) dan sebaliknya. Pihak INTAN menyediakan perkhidmatan pengangkutan dari MAB ke lokasi kursus iaitu INTAN, Bukit Kiara.

Pada 11 Oktober jam 4.00 petang saya dan rakan-rakan senasib tiba di perkarangan INTAN dan disambut oleh beberapa orang pekerja INTAN. Institut latihan yang berperanan memberi latihan kepada pegawai-pegawai kerajaan ini amat strategik tempatnya. Mana-mana pegawai kerajaan yang diarahkan atau berpeluang berkursus di sini mereka pastinya dapat memberi perhatian kepada ilmu yang dipelajari. Suasana di sini begitu aman dan tenteram kerana kawasan ini terletak agak jauh dari jalan yang sibuk. Jika hendak ke sini kita mesti menaiki teksi atau bas atau jika secara berkumpulan mesti menaiki bas yang disewa atau disediakan oleh pihak INTAN. Tiada sebuah pun bas awam yang berulang-alik sekitar perkarangan INTAN. Saya berasa amat tenang dan ceria selama 6 hari berada di INTAN. Tiada kedengaran bunyi bas dan lori yang selalunya boleh mengganggu fikiran dan perasaan. Pada waktu petang terasa sedikit kesunyian kerana pada waktu inilah saya dan rakan-rakan sering minum dan bersembang di warong mamak. Kalaulah berhampiran dengan perhentian bas awam sudah tentu saya akan ke Brickfields selama dua jam untuk bersama-sama rakan-rakan bertujuan untuk bersembang sambil menghirup kopi.

Saya amat berterima kasih kepada pihak penganjur dan pihak INTAN kerana telah berjaya menganjurkan satu kursus yang bermakna kepada guru-guru OKU penglihatan. Sebagai OKU penglihatan masalah terbesar yang terpaksa dihadapi ialah kesukaran untuk mendapatkan sumber rujukan bagi menduduki peperiksaan PTK. Dengan 13 siri kuliah yang disampaikan oleh pensyarah-pengsyarah INTAN yang lengkap dengan pengetahuan dan pengalaman sedikit sebanyak telah membolehkan kami membuat persediaan untuk menduduki PTK kertas umum pada tahun hadapan. Pihak INTAN juga telah membekalkan kami dengan nota-nota ringkas yang mudah difahami.

Walaupun jarak antara bilik kuliah dengan srama penginapan tidak jauh pihak INTAN telah menyediakan bas untuk kami berulang-alik dari asrama ke Dewan Kuliah Anggerik. Pada saya berjalan kaki pun tiada masalah. Kurang-kurang dapat juga kami melakukan senaman ringan. Makan empat kali sehari. Semua lauk yang disajikan enak-enak belaka. Kami sama ada rabun atau buta diminta duduk bila tiba di dewan makan. Pihak INTAN meminta petugas-petugas yang menyediakan makanan mengambil makanan untuk kami. Layanan yang diterima oleh kami semua amat baik sekali. Kami ditempatkan di asrama yang sepatutnya dikhususkan kepada mereka yang berstatus N/S/dg48 bukan taraf kami yang kebanyakannya dg27, dg32 dan dg41. Saya amat berbangga kerana pihak INTAN memberikan layanan kelas pertama kepada kami. Jarang sekali kami menikmati layanan yang sebaik itu.

Kursus yang berkaitan PTK diadakan dari jam 8.30 pagi - 4.30 petang. Semua kuliah disampaikan oleh tenaga pengajar dari INTAN. Mereka cuba sedaya upaya memberi penerangan untuk sesuatu tajuk dengan ayat yang mudah difahami oleh kami semua. Sekali-sekala diselitkan dengan unsur humor bagi mengelakkan kami semua mengantuk. Salah seorang tenaga pengajar iaitu Encik Hishamuddin Ismail yang juga imam di INTAN sewaktu belajar di sekolah menengah dulu merupakan sahabat baik kepada salah seorang rakan kami iaitu Cikgu Mohd Arif Sairi yang mengjar di Kelang. Pada mukadimah kuliahnya beliau sempat menceritakan bagaimana Cikgu Arif menjadi cacat penglihatan dan kali terakhir beliau terjumpa dengan Cikgu Arif sewaktu rakannya itu ingin menghantar borang permohonan untuk memasuki maktab perguruan. Sewaktu di tingkatan 6 saya pun pernah setingkatan dengan Cikgu Arif. Pada waktu itu beliau telah menjadi seorang yang OKU penglihatan.

Pada sebelah malam pihak penganjur hanya mengadakan aktiviti untuk dua hari sahaja iaitu hari Isnin dan hari Selasa. Pada Isnin, jam 8.30 malam - 10.00 malam Encik Rahman Pegawai Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu dari BPKhas telah memberikan sedikit taklimat dan seterusnya sanggup mendengar masalah, keperluan dan pujian daripada kami semua berkaitan dengan kerjaya dan situasi di sekolah masing-masing. Encik Rahman menjawab semua persoalan yang ditimbulkan oleh peserta kursus. Mana-mana masalah yang bukan di bawah bidang kuasanya beliau cuba salurkan kepada pegawai yang berkenaan di BPKhas. Pada selasa, dari jam 8.30 - 10.30 malam Puan Loke dari NUTP memberi penerangan tentang kemudahan dan kebaikan menyertai NUTP. Ramai juga guru-guru yang mengisi borang menjadi ahli. Seterusnya dua orang ejen insuran Takaful dengan kerjasama NUTP hadir bagi memberi penjelasan tentang kebaikan menyertai Pelan Takaful Kelompok. Bayarannya pun tak mahal cuma RM30.00 untuk setiap pemegang polisi.

Malam-malam yang lain kami diberi peluang melakukan aktiviti sendiri di bilik penginapan. Saya ditempatkan sebilik dengan Cikgu Anjang yang telah lama saya kenali. Kini dia mengajar di SMK Bukit Payumg Terengganu. Saya dan Cikgu Anjang cuma berehat di bilik sambil berbual-bual tentang cerita-cerita lama dan cerita-cerita terkini. Setiap malam kami menikmati minuman Nescafe dan Milo 3 dalam 1 serta roti dan biskut yang dibeli di Koperasi INTAN. Di setiap bilik pihak INTAN menyediakan dengan cerek letrik, cawan dan pinggan. Kami tidak mempunyai masalah untuk menyediakan minuman atau makanan.

Pada petang khamis setelah selesai kulaih jam 4.30 petang, saya telah menemani Cikgu Anjang dan Cikgu Sa membeli beberapa jodol buku di Pekan Buku cawangan INTAN. Saya turut membantu mereka dengan membacakan tajuk-tajuk buku. Setelah beberapa minit berada dalam kedai buku saya terimbas kembali beberapa peristiwa sewaktu belajar di UM sekitar tahun 1990 hingga 1994. Puncanya ialah Pekan Buku di INTAN adalan cawangan Pekan Buku di UM dan cara susunan buku dan raknya seolah-olah sama seperti di UM. Banyak juga buku yang dibeli oleh Cikgu Sa dan Cikgu Anjang. Saya cuma membeli sebuah buku kecil berkaitan contoh-contoh karangan untuk murid sekolah rendah. Buku tersebut telah saya berikan kepada Ain, anak saya yang belajar di tahun 5, SRK Taman Seri Gombak 2. Pada petang itu kami bertiga pulang sendiri ke asrama kerana bas hanya menunggu kami sehingga jam 5.00 petang. Dalam perjalanan pulang kami tersesat selama 20 minit dalam bangunan pentadbiran dan dewakn kuliah INTAN. Bentuk bangunanya yang memanjang dan bertingkat-tingkat sukar bagi kami mencari jalan keluar. Setelah sekian lama mencuba sendiri akhirnya saya terpaksa bertanya dengan salah seorang pekerja INTAN dan beliau membawa kami ke Asrama Anggerik. Jalannya tidak jauh cuma sedikit bengkang-bengkok. Saya dan dua rakan berasa sedikit kepenatan kerana terpaksa naik dan turun tangga selama 20 minit.

Saya dan rakan-rakannya yang lain amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oloeh pekerja INTAN dari bilik kuliah sehinggalah ke dewan makan. Di surau pun kami sentiasa dibantu oleh pekerja-pekerja INTAN yang sangat prihatin.

Monday, September 14, 2009

SEJARAH TULISAN BRAILLE

Louise Braille dilahirkan pada 4 Januari 1809 di daerah Coupvray 40km jauhnya dari kota Paris. Sewaktu usianya 3 tahun Louise Braille menjadi buta kerana matanya terkena suatu alatan tajam dan beransur-ansur rosak akibat jangkitan. Pada tahun 1819 sewaktu usianya 10 tahun dia mula bersekolah di l'Eecle des Yeunes Avengles di kota Paris iaitu sekolah cacat penglihatan pertama yang didirikan oleh Valentine Hauy Pada tahun 1784.



Louise Braille merupakan anak yang cerdas serta memiliki kesungguhan yang kental. Setelah tamat sekolah, beliau bekerja di sekolah tersebut sebagai guru. Pada zaman itu tulisan yang digunakan ialah tulisan Latin yang dicetak timbul. (relief).


Seorang pegawai tentera berkuda Perancis yang bernama Charles Barbier dan sezaman dengan kehidupan Louise Braille telah mencipta tulisan titik-titik timbul yang dapat dibaca secara sentuhan. Sistem tulisan ini terbentuk daripada 12 titik. Dengan 12 titik inilah akan dibentuk menjadi simbol-simbol tertentu yang boleh difahami oleh manusia yang mempelajarinya. Louise Braille sangat berminat dengan tulisan ini dan beliau membuat kesimpulan bahawa sistem titik timbul lebih baik daripada tulisan relief Latin. Beliau mendapat idea untuk menyusun kembali sistem tulisan ini menjadi 6 titik sahaja dan akhirnya dikenali sebagai tulisan Braille. Sistem tulisan ini diciptanya untuk keperluan bahasa, matematik, muzik dan lain-lain cabang ilmu. Beliau menamakan alat tulisnya sebagai reglette.

Pada tahun 1836 sistem tulisan Braille sudah lengkap dan boleh digunakan oleh orang-orang buta. Sejak detik itulah Louise Braille diminta untuk memperkenalkan sistem tulisan Braille agar dapat digunakan secara meluas dan dimanfaatkan sebagai tulisan rasmi orang-orang buta. Pada tahun 1860. dalam suatu kongres antarabangsa, tulisan Braille diterima sebagai tulisan rasmi bagi sekolah buta di seluruh Eropah Barat. Pada tahun 1852 Louise Braille telah meninggal dunia. Sebagai tanda untuk mengenang jasanya yang tidak ternilai kepada orang-orang buta, Di Coupvray iaitu daerah lekahirannya telah didirikan tugu Louise Braille. Berkaitan dengan ini juga pada 4 Jabuari setiap tahun diperingati sebagai gari Braille di seluruh dunia.

Thursday, September 10, 2009

BERHATI-HATI JIKA BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BUSUK HATI

Seringkali orang bercakap tentang hati. Sewaktu saya masih remaja saya agak terkeliru berkenaan dengan hati. Saya sering mendengar orang sebut "sakit hati". Si polan tertentu sakit hati pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Si polan yang lain pula sakit hati juga tak pula perlu mendapatkan rawatan di hospital. Timbul pertanyaan dalam diri sendiri dan sukar untuk diluahkan kepada sesiapa kerana binbang jawapan yang diberikan kurang memuaskan. Akibatnya pemahaman saya tentang hati semakin bercelaru. Sabda Rasullah SAW: Ertinya "Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak. maka rosaklah seluruh badan. Itulah hati". Jika dilihat daripada perspektif ulama dan ahli falsafah, ada yang berpendapat hati yang Rasulullah maksud adalah sesuatu yang tidak berbentuk material atau jasad sifatnya dan tidak dapat dilihat dengan mata. Bagaimanapun, ada pakar akademik yang berpendapat, jika ditinjau dalam konteks sains perubatan yang lebih objektif dan spesifik. Maka hadis yang Rasulullah sebut itu sangat bertepatan dengan organ hati secara jasad. Justeru, jagalah hati anda walau daripada kacamata apa sekalipun yang anda tanggap dan melihatnya.


Dalam bicara ini, saya akan memberi tumpuan kepada hati yang tidak boleh dilihat secara konkrit dan hanya boleh difahami dan diamati dengan menggunakan akal dan fikiran yang waras. Setiap hari corong telinga kita dilontarkan dengan perkataan hati. Perkataan hati yang dituturkan biasanya berkaitan dengan hati yang abstrak dan seringkali membuatkan manusia berhadapan dengan rasa gembira, suka, sedih, duka dsbnya. Maknanya segala tindakan, interaksi dan hubungan antara manusia sesama manusia dan dengan makhluk yang lain dikawal selia oleh hati dan perasaan. Suka dan duka, tawa dan tangis adalah mainan dalam rencah kehidupan manusia. Justeru, hati manusia dan semua makhluk Allah SWT boleh berperanan dalam dua situasi iaitu secara positif dan negatif. Jika manusia berada dalam keadaan yang harmoni hatinya akan berfungsi secara terpuji. Maka lahirlah ungkapan "hati suci", "hati tulus ikhlas", "hati budi" dsbnya. Bagi manusia yang kerap cenderong ke arah kejahatan dan kejahilan hatinya turut sama menunjukkan reaksi yang keji dan terkutuk. Maka lahirlah ungkapan"hati durjana", "dendaman hati", "busuk hati" dsbnya. Seterusnya minda, pendapat dan buah fikiran saya akan menjurus kepada manusia yang bergelomang dengan hati busuknya. Kita sebagai anggota masyarakat harus berhati-hati dan berwaspada ketika berkawan dan berhubung dengan manusia jenis ini. Kita tidak boleh meminggir dan memulaukannya kerana mereka pun ada hak untuk bergaul dengan anggota masyarakat. Seboleh-bolehnya cuba hindarkan diri menjadikannya sebagai sahabat karib dan teman sejati. Jika tersalah langkah hidup mnerana sepanjang hayat.


Manusia yang busuk hati ialah seseorang yang sentiasa berniat jahat terhadap orang lain. Baginya dia sahaja yang betul dan apa juga tindakan yang dilakukan oleh orang lain tidak betul dan dia akan mengkritik secara tidak rasional. Teguran dan pandangan yang membina jarang sekali. Sesuatu yang dilakukan mesti mempunyai niat buruk sama ada untuk melunturkan maruah seseorang atau ingin menjatuhkan imej seseorang di sisi masyarakat. Bila perancangan dan pelaksanaannya berjaya dia akan berlapang dada dan gembira. Manusia begini sebenarnya didorong dan terikut-ikut dengan perangai syaitan. Jika tidak dikesan dari awal, sesiapa yang menjadi mangsanya akan dipulau dan dikutuk oleh masyarakat sekeliling dalam tempoh yang tertentu.


Manusia yang busuk hati tidak akan berasa puas dengan apa yang diperolehinya dan menyimpan perasaan dengki yang mendalam terhadap orang lain. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan apa yang dimahukan dapat dipenuhi walaupun terpaksa menjejaskan dan menyekat hak orang lain. Baginya apa sahaja yang ingin dilakukan ada sahaja penghalang. Biasanya orang yang lebih bijak atau lebih dominan daripadanya dianggapnya sebagai pengganggu yang perlu dihindari secara halus. Orang seperti ini bolehlah kita kategorikan sebagai duri dalam daging. Berbagai-bagai alasan dan helah yang digunakan dalam usaha mempengaruhi orang-orang tertentu teritama sekali ketuanya dalam usaha menjaga kepentingan diri dengan menjejaskan kepentingan dan hak yang sepatutnya milik orang lain. Contohnya kenaikan pangkat atau apa-apa yang sepatutnya diperolehi oleh individu tertentu akan disekat dan dihalang. Hak ini akan dipesongkan kepada dirinya orang-orang lain yang sekroni dengannya.


Individu yang busuk hati akan tergamak dan dengan bangganya akan menyebarkan segala maklumat dan butiran yang dianggap rahisia oleh sesebuah jabatan atau organisasi tertentu. Lebih memburukkan keadaan rahsia tersebut bukan setakat disebar malah ditokok-tambah lagi dalam usaha menambahkan resepi cerita yang disampaikan kepada masyarakat sekeliling dan orang-orang yang berkepentingan dengan sesuatu organisasi yang dijadikan sebagai fokus perbualan. Seandainya perbuatan jahat ini tidak ditangani dengan segera boleh memporak-porandakan dan seterusnya menghancurkan sesuatu organisasi sama ada organisas yang berorientasikan keuntungan atau kebajikan. Manusia durjana ini bolehlah kita sifatkan sebagai virus dalam sesebuah organisasi.


Masalah dan perselisihan faham yang kecil adalah asam garam dalam sesenuah organisasi yang mempunyai ramai pekerja atau ahli yang ramai. Biasalah manusia mempunyai pelbagai kerenah dan kemahuan yang tidak terbatas. Jika berlaku unsur-unsur seumpama ini dalam sesebuah organisasi yang mempunyai orang yang busuk hati. Tanpa berlengah dan berfikr panjang dia akan bertindak sebagai batu api yang bakal menyemarakkan lagi bahang pertikaian yang baru bermula. Dengan kreativiti songsangnya dia bertindak mengada-ngadakan cerita kepada orang tertentu agar mangsanya lebih marah kepada lawannya. Dalam tempoh tertentu dia akan sentiasa berdamping dan rapat dengan mangsanya. Setelah usaha jahatnya tercapai barulah secara perlahan-lahan dia menjauhkan diri daripada mangsanya. Mangsanya akan terus bertelagah dan bergaduh dengan lawannya. Dia akan berperanan sebagai pemantau dan mengikuti perkembangan dengan penuh minat. Kesanya ialah hubungan antara dua orang yang seteru itu akan berpanjangan dan berlaturan hingga mebawa kepada pergaduhan yang besar. Akibatnya mereka yang bermasalah ini tidak akan bertegur sapa antara satu sama lain. Semuanya angkara manusia yang busuk hati.


Satu tabiat orang yang busuk hati ialah suka meminjam wang daripada sesiapa pun yang dia jangka mempunyai sumber kewangan yang banyak. Dalam proses mempengaruhi orang yang menjadi sasaranya, dia akan menceritakan masalah dan kesempitan hidup yang dialaminya. Dia akan cuba sedaya upaya sehingga sasarannya bersimpati dan rasa kasihan terhadap dirinya. Pada hakikat yang sebenar bukan dia tidak mempunyai wang tetapi sengaja ingin menguji dan mempedayakan mangsanya. Setelah dia berjaya mendapatkan jumlah wang yang dikehendakimya dalam tempoh beberapa bulan dia akan menjauhkan diri daripada peminjamnya. Tujuannya bagi mengelakkan peminjam menyebut tentang pembayaran hutang dan telah tersemat dalam dirinya untuk tidak menjelaskan hutangnya. Orang yang busuk hati sangat sukar menjelaskan hutang. Dia akan mencipta beribu alasan seandainya peminjam meminta dia menjelaskan hutang. Secara terpaksa dia akan menjelaskan dalam kadar yang sedikit sahaja itupun setelah didesak dan diugut berkali-kali. Jika kita didorong oleh orang yang busuk hati dalam usaha untuk meminjam wang, kita harus keras hati agar kita tidak menghulurkan sejumlah wang kepadanya. Tentunya wang kita tidak akan dikembalikan.

Jika kita biasa berhadapan dengan orang yang busuk hati dapat diperhatikan dia suka mengkritik dan memberikan pendapat namun sangat sukar menerima kritikan dan pandangan orang lain. Lazimnya sesiapa yang tidak mempunyai kepentingan baginya akan dikritik tanpa memikirkan langsung perasaan dan sensitiviti orang yang dikritiknya. Dia suka memberi pendapat dan pandangan. Meskipun pendapatnya tidak bernas seboleh-bolehnya dia mahu orang menerima pendapatnya tanpa sebarang tentangan. Sekiranya dia dikritik, walaupun kritikan itu bertujuan untuk kebaikan dirinya, tanpa berfikir panjang dia akan marah dan melenting. Jika terlalu meradang dia boleh menangis. Tidak hairan juga jika dia sukar menerima pandangan dan buah fikiran orang lain. Dia akan cuba sedaya upaya menangkis pendapat orang. Lebih-lebih lagi jika orang itu seteru dengannya. Dengan senang hati dia akan memuji dan menerima pandangan orang yang rapat dan mempunyai kepentingan dengannya. Dengan kata lain dia sangat suka mewujudkan kroni. Orang yang busuk hati tidak berfikiran terbuka dan terkongkong dengan egonya sendiri. Orang seperti ini tidak boleh berada dalam kumpulan perbincangan. Kesannya akan sukar mendapat kata sepakat dan kerjasama yang sewajarnya.

Secara kesimpulannya, kita harus sentiasa berwaspada dengan mereka yang busuk hati kerana mereka mempunyai muslihat dan niat yang tidak baik terhadap orang lain. lantaran itu, kita disyorkan agar meneliti dan cuba memahami sikap dan pegangan hidup orang yang baru kita kenali. Kita ditegak dan dolarang sama sekali menjadikan mereka yang busuk hati sebagai sahabat atau rakan karib. Bagaimanapun. dalam setuasi tertentu kita boleh berkawan dengan mereka yang busuk hati secara berhati-hati agar tidak mudah diperdayakan oleh mereka. Untuk mengelakkan kita dikatakan sebagai orang sombong, kita digalakkan berkawan dengan mereka yang busuk hati di kedai makan dan di tempat awam. Kita ditegah membawa mereka yang busuk hati ke rumah atau tinggal serumah dengannya. Jika terdapat orang yang busuk hati dalam keluarga kita, kita mesti sentiasa memberi masihat dan motivasi kepadanya agar berubah sikap dan menjadi seorang yang berpekerti mulai.


Monday, September 7, 2009

ALLAHYARHAM SUDIRMAN HAJI ARSHAD PENGHIBUR KREATIF YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA

Pada 31 Ogos tahun 2009 saya dan seisi keluarga terpaku di depan televisyen kerana menonton konsert Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang disiarkan di TV3. Sambil berehat bersama isteri dan anak-anak, terimbas kembali peristiwa manis dan pahit sewaktu masih menuntut di Universi Malya. Konsert ini pernah dipersembahkannya setehun sebelum beliau kembali ke rahmatullah. Konsert semepena sambutan hari kemerdekaan telah dianjurkan pada 9 Mac 1991 bertempat di Melaka Bandaraya Bersejarah. Konsert yang penuh dengan mesej berkaitan dengan semangat cintakan tanah air ini telah berlalu 19 tahun. Waktu ini saya berusia 23 tahun dan sering mengikuti dengan penuh minat perkembangan artis-artis tempatan. Bagi saya Allahyarham Sudirman berjaya menampilkan dirinya sebagai seorang penyanyi yang berkualiti dan berjiwa patriotik. Sehingga ke saat ini tiada seorang pun penyanyi Malaysia yang berjaya menandinginya dalam mengendalkan satu konsert yang penuh bertenaga dan berjaya menarik minat penomton dari semua kaum tanpa mengira darjat dan status pekerjaan.

Pada tahun ini terlintas di fikiran penerbit rancangan untuk sambutan lemerdekaan yang ke-52 bagi menyiarkan semula konsert Sudirman yang suatu ketika dulu sangat diminati dan dikagumi oleh rakyat Malaysia dan peminat-peminatnya di seluruh pelusuk rantau Asia Tenggara yang boleh memahami dan bertutur dalam bahasa Melayu. Tujuan utama konsertnya dipertontonkan semula adalah untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Menerusi konsert rakyat dipupuk agar cinta akan tanah air sendiri dengan cara mengenali dan memahami unsur-unsur kebudayaan beberapa kaum utama yang ada di Malaysia. Kata-kata perangsang diluahkan bermatlamat untuk mengajak rakyat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status dan taraf hidup seseorang. Ungkapan-ungkapannya juga menaikkan semangat rakyat agar menumpahkan taat setia kepada pemimpin, raja dan negara dalam usaha membimbing rakyat mengenali Malaysia dengan lebih mendalam. Tidak hairanlah beliau dugelar sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia

Dalam menjayakan konsert, Allahyarham Sudirman membuat perancangan dan persediaan yang teliti dan tersusun. Beliau mempunyai penari (The Girls) yang terlatih dan jenis tarian disesuaikan dengan matlamat konsert. Pancaragamnya digelar sebagai (The Glue) yang mampu membuat persembahan yang menarik serta menghiburkan. Beliau juga mempunyai penyanyi latar yang bertenaga (The Geggles) yang sentiasa menunjukkan prestasi yang unggul sewaktu mengadakan persembahan pentas. Setiap konsert yang diusahakannya mempunyai tema dan gaya persembahan yang tersendiri tanpa ada unsur-unsur peniruan daripada penyanyi yang lain. Beliau sekali-sekala menyanyikan lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh R. Azmi, Kamariah Nor dsbnya bukan atas dasar tiada identiti sendiri tetapi untuk mengembalikan ingatan hadirin kepada artis-arits lama yang pernah menaikkan martabat seni suara tanah air. Secara kebetulan pula lagu berkenaan mengetengahkan maksud yang bersesuaian dengan tema konsert yang ingin diterapkan kepada penonton.

Jika kita fikirkan secara mendalam, maksud tersurat dan tersirat di sebalik tirai konsert yang diperdengarkan semula kepada rakyat sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke 52 ialah tema yang ditonjolkan oleh Allahyarham Sudirman bertepatan dan bersesuaian dengan tema sambutan kemerdekaan yang ke-52 iaitu !malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Lagu-lagu yang dinyanyikan termasuklah lagu warsan, Tanggal 31, Tegakkan Bendera Kta, Bumi Bertuah dsbnya membawa mesej berkorban dan berjuang untuk tanah air. Beliau juga berkebolehan menyanyikan lagu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil dengan sebutan dan intoasi yang baik. Bertitik tolak pada bakatnya yang luarbiasa maka beliau dapat menarik minat semua kaum utama uang ada di Malaysia. Dengan cara inilah tersemainya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Justeru, menerusi hiburan boleh mengeratkan dan mengukuhkan lagi ikatan persahabatan sesama rakyat Malaysia yang berlainan kaum.

Oh ya, asyik bercerita tentang bakat nynyiannya terlupa pula menceritakan tentang profil dirinya. Allahyargam Datuk Sudirman Hj. Arshad dilahirkan pada 25 Mei, 1954 di Temerloh, Pahang. Bapanya bekerja sebagai Pengurus Syarikat Bas Temerloh. Ibunya pula pernah menjadi Wakil Rakyat Kawasan Temerloh pada tahun 1955 dan telah meninggal dunia pada tahun 1959 sewaktu Allahyarham Sudirman berusia 5 tahun. Bapanya meninggal dunia pada tahun 1978. Beliau merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab) dan Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh). Kemudian beliau meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Abu Bakar, Kuantan sehingga tingkatan 6. Pada tahun 1976 beliau menyambung pengajiannya di Fakulti Undan-undang, Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau mendapat ijazah undag-undang (LLB) kepujian kelas ketiga. Pada tahun 1984 beliau telah diiktiraf sebagau peguambela dan peguamcara. Bagaimanapun beliau bertekad meniggalkan bidang guaman dan berkecimpung dalam bidang yang sangat diminatinya sebagai penghibur yang serba boleh dan kreatif. Pada 14 Februari 1981, beliau telah berkahwin dengan gadis pilhan yang dikenalinya sejak kecil iaitu Kamariah Jamaluddin (Kay) yang bekerja di Petronas. Oleh kerana tiada persefahaman antara mereka, hubungan mereka sebagai suami isteri cuma bertaham selama tiga tahun sahaja dan telah bercerai pada 25 Mei 1984.

Setiap album Allahyarham Sudirman mempunyai tema dan identiti yang tersendiri. Menerusi nyanyiannya beliau ingin menonjolkan mesej yang bermakna kepada pendengar dan peminat-peminatnya. Sambil berhibur peminat-peminatnya boleh mendapatkan nasihat, pedoman, panduan hidup, menyemai semangat patriotisme dsebnya. Sepanjang penglibatannya secara aktif dalam bidang nyanyian beliau telah menghasilkan satu EP dan beberapa album. Selepas memenangi Bintang RTM pada tahun 1977 beliau telah nerakankan suara dalam EP sulungnya, Teriring Doa bersama Warnada Rekod. Pada tahun 1978 EMI menawarkan kontrak kepada Allahyarham Sudirman dengan albumnya yang pertamanya berjudul Aku Penghiburmu. Pada tahun 1979 pula muncul pula album bertajuk Perasaan dengan menampilkan lagu Gerimis di Lautan dan beberapa lagu lucu seperti Mat Disko dan Toyol. Setelah tamat pengajiannya beliau bebas menampilkan dirinya dalam bidang seni suara. Antara album yang telah dihasilkannya termasulah: Tahun 1980, album Anak Muda dan Lagu Anak Desa, Tahun 1981, album Lagu Dari Kota dan Twinke-Twingle Little Star, Tahun 1982, album Cinta dan Abadi, Tahun 1983, album Images, Tahun 1984, album Orang Baru dan Lagu Dari Sebuah Bilik. Tahun 1985, Konsert Anak Desa di UKM bangi (terhad diterbitkan dalam netuk kaset, Tahun 1986, album Orang Kampung, Tahun 1987, album Kulit dan Tahun 1989, album Asia's No. 1 Performer. Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni sauara, beliau telah menghasilkan sebanyak 18 album dalam bahasa Melayu dan dan dua buah album dalam bahasa Inggeris.

Kehebatannya terserlah apabila beliau menganjurkan dan melaksanakan satu konsert terbuka yang paling besar dan hebat di Malaysia. Secara sukarela beliau menghiburkan orang ramai secara percuma di Jalan Chow Kit pada 15 April tahun 1986. Dianggarkan 100 ribu orang membanjiri Jalan Chow Kit bagi menyaksikan persembahan bertenaga Datuk Sudirman secara langsung.

Pada 19 Mac tahun 1989, satu kejayaan yang membanggakan bagi rakyat Malaysia di mana Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad telah berjaya memenangi gelaran "Persembahan Terbaik" dalam pertandingan Anugerah Muzik Asia Tahun 1989 yang dilangsungkan di Albert Hall, London.

Pada tahun 1986, penganjur Tahun Melawat Malaysia telah melantiknya sebagai Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia. Sewaktu Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) yang ke-35 di Kuala Lumpur, Sudirman mempopularkan lagu Cinta Malaysia, Kenali Malaysia (To Know Malaysia is to Love Malaysia) ciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat. Lagu ini menjadi tema semasa kempen Tahun Melawat Malaysia.

Tanpa diduga pada 17 Julai 1991, Sudirman telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur. Sebelumnya beliau dilaporkan pengsan setelah terjatuh. Keluarganya merahsiakan kepada umum di mana beliau dirawat. Beliau terlantar sakit selama 7 bulan. Pada 22 Februari tahun 1992, jam 4.00 petang pada usianya 37 tahun, beliau telah kembali ke rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah Hj. Arshad di Bangsar Patk, Kuala Lumpur. Jenazahnya telah dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Cengal, Temerloh. Ribuan peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.

Sunday, September 6, 2009

KEMELUT POLITIK UMNO TERENGGANU MERUGIKAN RAKYAT

Setelah tamatnya pilihanraya umum yang ke-12, UMNO Terengganu boleh berbangga dan berpuas hati kerana telah memenangi 24 kerusi DUN daripada 32 kerusi yang dipertandingkan. PAS hanya menang 8 kerusi sahaja. Pimpinan tertinggi UMNO boleh berasa lega kerana negeri Terengganu menyumbang 7 kerusi BN di parlimen. Bagaimanapun setelah diadakan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 akibat kematian Ahli Parlimennya Datuk Razali Ismail, kerusi berkenaan telah terlepas ke tangan PAS dengan kemenagan Encik Mohd Abdul Wahid Endut menewaskan Datuk Wan Ahmad Farid dengan Majoriti 2,631 undi. Jangkaan kita dan kebanyakan penganalisis politik tiada sebarang masalah yang akan timbul dalam politik parti pemerintah di negeri Terengganu. Mereka juga boleh membentuk kerajaan negeri dengan selesa ditambah pula dengan hanya 8 orang pembangkang sahaja daripada parti PAS. Suara penentang dan pengganggu hanya segelintir dan parti yang memerintah mendapat majoriti 2/3.

Kemelut politik Terengganu diketahui umum apabila tercetusnya masalah pelantikan menteri besar. Rakyat Terengganu khususnya, peminat perkembangan politik dan penganalisis politik tertunggu-tunggu siapakah bakal menteri besar yang direstui oleh pihak istana Terengganu. Setelah dua minggu menanti akhirnya Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) mewakili Pemangku Raja Terengganu telah berkenan menyampaikan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar kepada ADUN Kijal, Dato' Ahmad Said. Semua pihak yang mengikuti perkembangan ini ingin tabu benar sebab MPPR tidak melantik menteri besar yang dulu, datuk Seri Idris Jusoh. Tidak salah kalau dikatakan mungkin Datuk Seri Idris Jusoh telah melakukan sesuatu atau bertindak secara tidak profesional sehingga menimbulkan kemurkaan pihak istana yang diterajui oleh MPPR mewakili pemangku Raja Terengganu kerana Sultan Terengganu sedang bertugas sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.

Setelah pelantikan ini dibuat semua 23 ADUN BN tidak bersetuju (kecuali Dato' Ahmad Said). Protes telah dibuat oleh wakil mereka Dato' Rosol Wahid menerusi sidang media yang berlangsung di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu. Menurutnya "Mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan (sebagai ADUN) jika beliau (Idris tidak dipilih," kata Rosol yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu. Kenyataan ini sangat biadab dan mencabar kewibawaan terhadap institusi Istana Terengganu kerena sebelum ini para pemimpin BN Terengganu, khususnya Idris Jusoh sendiri, telah menyatakan kesediaan mereka akan menerima apa jua keputusan yang bakal ditentukan oleh pihak istana.

Sebelum dilantik sebagai menteri besar, satu tindakan keras telah dibuat oleh Dato' Rosol wahid, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu kepada Dato, Ahmad Said dengan menghantar surat ketidak sahihahan Dato, Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terangganu kepada Presiden UMNO dan Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu yang ditandatanganinya sendiri. Surat itu mengingatkan semua ahli parti supaya mematuhi perlembagaan parti dengan mengambil tindakan yang bertentangan dengan arahan presiden. Satu kesalahan jika menerima pelantikan sebagai menteri besar tanpa menerima watikah presiden parti. Jika engkar keahlian parti boleh terlucut. Tan Seri Muhyiddin Yasin mengingatkan Dato' Ahmad Said agar menolak watikah pelantikan dari istana dengan alasan bertentangan dengan prinsip parti. Dalam hal ini dapat kita lihat berlakunya pertikaian pendapat dan pelantikan antara golongan istana dan parti UMNO. Akhirnya masalah rumit ini dapat diselesaikan secara diplomasi dan Dato' Ahmad Said mengangkat sumpah sebagai mneteri besar pada 30 Mac 2009 di hadapan Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin berlangsung di Balairong Seri, Istana Maziah. Istiadat ini turut dihadiri 22 ADUN UMNO Terengganu dan diterima sebagai Menteri Besar Terengganu yang sah. Sebagai tanda setiakawan mereke semua bersalaman tanda segala kemelut yang berlaku selama ini selesai. Menteri besar turut bersalaman dengan Datuk Seri Idris Jusoh dengan penuh emosi. Jika dilihat dengan mata kasar seolah-olah tiada masalah yang bakal timbul dan sidang DUN akan berlangsung dengan aman. Semua akan bekerja untuk rakyat.

Suasana harmoni dan tenteram dalam politik UMNO tidak bertahan lama. Perasaan dendam dan sakit hati terhadap Menteri Besar, Dato, Ahmad Said timbul semula. Pada bulan April yang lalu terdapat khabar angin yang tidak dapat dipastikan kesahihannya tentang usul undi tidak percata kepada menteri besar. Bila khabar angin ini mula bertiup dan tiba ke telinga Dato, Ahmad Said, beliau mula bertindak awal. Beliau lantas mengingatkan jika ada ADUN UMNO yang mengemukakan usul undi tidak percaya kepadanya, pasti dia akan berhadapan dengan tindakan disiplin dan boleh dipecat. seandainya usul tersebut diluahkan oleh ADUN pembangkan mudah bagi dewan menolak usul berkenaan sebab wakil BN majoriti dalam dewan undangan negeri. Bagaimanapun, khabar angin ini dinafikan sama sekali oleh ADUN Ajil, Dato, Rosol Wahid. Beliau mengatakan bagi pihaknya langsung tiada cadangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Dato, Ahmad Said.

Pada 14 April lalu 10 ADUN BN Terengganu termasuk bekas meneteri besar tidak menghadiri sidang dewan kerana takutkan ugutan yang mengamcam keselamatan diri mereka menerusi SMS. Kononnya SMS ini datangnya dari pejabat MB. Dato' Ahmad Said menadikan sama sekali bahawa SMS ugutan itu bukan berpunca dari pejabatnya. Beliau langsung tidak mengetahui dan langsung tidak terlibat. Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib mengarahkan 10 ADUN kembali bersidang. Kemudiannya polis melakukan siasatan. Beberapa individu turut dipanggil untuk siasatan termasuklah Datuk Dr. Ahmad Ramzi Muhamad Zubir yang bertanding dalam pilihanraya ke-12 dan tewas di Parlimen Marang. Beliau ditahan kerana turut memberi kenyataan berkenaan tiga ADUN BN yang menerima SMS. Polis ingin mendapat kepastian sama ada beliau juga turut menerima SMS tersebut atau tidak. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Meneteri Besar, Dauk Seri Idris Jusoh.

Pada hujung bulan Mei lalu sesi bertentang mata dan mencurahkan rasa hati antara ADUN BN Terengganu, 8 Badan Perhubungan UMNO Terengganu dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Putrajaya. Dalam sesi ini semua wakil diberi peluang meluahkan rasa hati masing-masing dalam usaha menyelesaikan kemelut yang sedang melanda. Usaha ini sebenarnya masih gagal menyelesaikan masalah dalaman yang timbul. Datuk Seri Hishamuddin masih tidak berjaya mengubat hati ADUN yang terluka. Masing-masing masih menyimpan perasaan marah.

Pada 26 Ogos yang lalu MB Terengganu cuba menenangkan hatinya dengan mengatakan telah ada perkembangan positif ADUN BN terhadap kepimpinannya. Masing-masing telah mula beri tindak balas yang baik dan penentangan terhadapnya tidak nyata. Bagaimanapun beliau tidak menafikan masih ada 3 atau 4 orang ADUN BN yang masih tidak mahu bekerjsama dengannya. Beliau berharap suasana yang kurang matang ini akan terus tenang sedikit demi sedikit. Beliau turut diminta memberi penjelasan tentang sikap ADUN BN yang membisu semasa sidang DUN berlangsung. Kebanyakan mereka enggan memberi pendapat dan buah fikiran. Kebanyakan daripada mereka bertindak pasif dan hanya mengangguk sahaja. Seolah-olah mereka membantah dan marah dalam diam. Menurut Dato' Ahmad Said dalam usaha mendorong mereka tertentu bercakap sukar baginya buat masa ini kerana beliau tiada remote control yang boleh mengarahkan secara automatik mereka bersuara dan memberi pendapat.

Melihatkan kepada ketegangan politik Terengganu yang terus berlanjutan sehingga kini pada 4 September lalu Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri menjadi orang tengah dalam proses menyelesaikan krisis yang masih tiada jalan penyelesaian yang mantap. Kemungkinan beliau akan berjumpa semua pihak yang berkaitan selepas hari raya nanti. Menurutnya beliau mesti bertindak segera kerana negeri Terengganu merupakan kubu kuat UMNO dan beliau bimbang seandainya tidak ditangani segera akan mengikis kepercayaan rakyat. Seterusnya boleh menjejaskan sokongan pada pilihanraya akan datang. Selepas pertemuan dengannya beliau amat berharap semua perselisihan faham yang berlaku akan dapat diselesaikan secara terancang dan harmoni.

Pada hakikatnya kemelut dan masalah dalam politik BN Terengganu yang berlanjutan merugikan rakyat. Mereka semua iaitu ADUN Terengganu yang merupakan majoriti dalam DUN tidak mampu berfungsi untuk membela nasib rakyat. Mereka jarang sekali dapat membincangkan secara serius tentang tuntutan dan kehendak rakyat. Rakyat Terengganu hanya mendengr percakaran sesama wakil rakyat yang dipilih mereka dalam pilihanraya umum ke-12. Harapan mereka selama ini dipersiakan begitu saja oleh ADUN yang masih tidak bertanggungjawab.

Pada masa kni jelas dapat dilihat terdapat tiga kelompok dalam DUN Terengganu. Kelompok utama ialah yang mendokong mantan menteri besar dan begitu taksub dengan Dato' Idris Jusoh. Kelompok kedua ialah pengikut Dato' Ahmad Said yang mendapat watikah pelantikan sebagai menteri besar daripada pihak istana. Kelompok ketiga pula ialah barisan 8 orang pembangkang dan semuanya daripada parti PAS. Kelompok ketiga sering bertepuk tangan dan bersorak jika mendengar dua kelompok BN berkelahi. Maknanya tanpa gangguan daripada ADUN PAS mereka sendiri yang bertelagah. Tidak salah kalau dikatakan dua kelompok BN sebenarnya mahu menjagi kepentingan kroni masing-masing. Kroni mana yang berkuasa atau dominan dalam arena politik Terengganu akan mendapat manfaat.

Dalam keadaan ekonomi yang mendesak pimpinanUMNO Terengganu harus memperjuangkan untuk mendapatkan semula royalti minyak untuk Terengganu. Kerajaan pusat harus menyerahkan royalti berkenaan kepada kerajaan Terengganu dan kerajaan negerilah yang berperanan mengagihkan wang berkenaan untuk pembangunan yang ditujukan kepada rakyat. Pada masa sekarang negeri Terengganu mempunyai jumlah rakyat yang kedua paling miskin di Malaysia selepas Sabah. Agak menghairankan kedua-dua negeri ini merupakan pengeluar minyak yang utama di Malaysia tetapi mempunyai jumlah rakyat miskin yang paling ramai.

Langkah segera harus dimbil oleh pucuk pimpinan UMNO dalam usaha menyelesaikan kemelut politik yang berpanjangan. Pergeseran politik ini bermula selepas pilihanraya umum ke-12 dan berpunca daripada ketidakpuasan hati mereka terhadap watikah pelantikan MB Terengganu yang ditentukan oleh pihak istana. Sepatutnya perkara ini tidak harus dibesar-besarkan kerana mereka bekerja dan bertindak dalam satu pasukan. Bila telah dipilih menjadi wakil rakyat niat di hati bekerja untuk rakyat bukannya mengejar kekayaan peribadi. Jika niat jujur bagi memperjuangkan nasib rakyat masalah remeh ini tidak mungkin timbul. Sikap inilah harus disemai oleh pucuk pimpinan kepada semua wakil rakyat UMNO.

Friday, August 28, 2009

PERKAITAN ORANG BUTA DENGAN DERIA SENTUHAN DAN SALAH TANGGAPAN

Bila sebut sahaja orang buta terus sahaja terbayang di fikiran kita ialah orang yang langsung tidak dapat melihat. Bagi mereka yang buta kawasan di sekeliling mereka gelap, Ramai juga dalam kalangan orang buta yang dapat melihat cahaya dan bayang-bayang. Bagaimanapun penglihatan begini masih tidak dapat membantunya bergerak dengan menggunakan daya pandangan. Orang yang buta semenjak dilahirkan pula tidak dapat menanggapi konsep gelap dengan tepat. Seandainya ditanya mungkin mereka boleh menjawab dengan jitu. Penjelasan yang diberikan mungkin berdasarkan pembacaan dan cerita orang. Sebenarnya mereka sendiri tidak pernah berhadapan dengan keadaan yang gelap dan terang dalam erti kata yang sebenar. Pastinya konsep warna tiada dalam fikiran mereka.

Setiap manusia mempunyai keinginan dan nafsu untuk mengetahui bentuk dan keadaan sesuatu sama ada dalam bentuk konkrit atau abstrak. Orang yang tiada penglihatan boleh mengetahui sesuatu benda yang konkrit dengan menggunakan deria sentuhan. Sepuluh jari di tangan kanan dan kiri amat berharga kepada orang buta. Sebetulnya deria sentuhan orang buta amat peka dan sensitif. Mereka akan mengenali sesuatu objek setelah benda itu disentuh separuh atau seluruh bergantung kepada situasi dan keadaan. Dalam keadaan tertentu deria bau juga turut memberi peranan dalam usaha orang buta mengenali dan menanggapi sesuatu.

Saya masih ingat lagi sewaktu saya berada di Sekolah Princess Elizabeth, Johor Bahru. Guru-guru, house assistance (HA) dan house mother (HM) sering berkata "kamu semua ni tak ada kerja lain ke, asyik nak meraba je. Bila diraba semuanya rosak, patah, memang nak kena rotan." Bila saya amati dan renungkan kembali ungkapan sebegini tidak harus dilemparkan kepada kanak-kanak buta. Mereka yang berkata begitu pun tidak boleh disalahkan juga. Dalam hal ini, mungkin mereka tidak boleh berfikr dengan matang meskipun mereka bekerja mengasuh dan mendidik kanak-kanak buta. Sebahagian ruang lingkup hidup mereka pun dengan kanak-kanak buta. Sepatutnya mereka menasihati kanak-kanak buta supaya menyentuh sesuatu dengan cara yang betul dan tidak mengganas. Sewajarnya mereka bertindak sebagai pembantu dan pembimbing dalam proses mengajar orang buta menyentuh sesutu benda dengan cara yang sesuai dan tidak janggal bila mata orang normal memandang.

Anggota masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang ditempatkan di institusi dan organisasi yang ada orang buta tidak harus melarang atau marah kepada orang buta yang suka meraba. Lebih teruk lagi jika bekerja di institusi kanak-kanak buta. Jika kerap dilarang, dimarahi dan dikutuk perkembangan kanak-kanak buta akan terbantut. Pengetahuan orang buta terhadap sesuatu benda juga akan terbatas. Tidak hairanlah dalam masyarakat Melayu ada peribahas yang mengatakan seperti orang buta meraba gajah. Bila meraba telinga gajah, begitulah bentuknya. Jelas sekali mereka menganggap segelintir ahli masyarakat yang berada di celah-celah mereka iaitu orang buta tidak boleh diharap dan tidak boleh membuat keputusan yang tepat. Secara sinis dan menghina peranan mereka dalam masyarakat cumalah meniup tepung seandainya masuk mata pun tak kesah sebab mata dah buta.

Sewaktu saya di sekolah menengah, berbeza sedikt ceritanya berkenaan orang buta yang suka meraba. Salah satu ungkapan yang kerap didengar ialah "suka raba perempua". Semestinya perbuatan ini dilakukan oleh lelaki buta. Bagi saya mereka yang suka meraba perempuan ini tidak boleh diealahkan seratus peratus. Mereka manusia normal yang telah mencapai tahap akhil baligh dan mempunyai naluri ingin tahu bentuk badan perempuan. Nafsu ini sukar dan tidak boleh dihalang. Remaja lelaki celik boleh melihat badan perempaun dengan mata mereka tanpa meraba. Bagi remaja buta yang mudah berasa malu dan pandai menjaga harga diri, perbuatan meraba perempauan tidak akan dilakukan oleh mereka. Jauh di sudut hati mereka pun ada keinginan untuk mengetahui bentuk badan perempuan kerana mereka manusia biasa. Bagi mengurangkan gejala ini terus berlaku pihak sekolah sewajarnya mempunyai patung yang betul-betul menyerupai bentuk badan perempaun. Remaja lelaki perlu diberi kesempatan meraba seluruh patung berkenaan bagi memberi bayangn yang hampir tepat tentang bentuk badan seorang perempuan.

Kebanyakan mereka yang celik mengakui hakikat bahawa orang buta perlu meraba jika hendak mengenali seseorang. Dapat kita perhatikan seseorang celik akan datang secara senyap dan menghulurkan lengannya kepada orang buta. Tujuannya ialah untuk memastikan sama ada orang buta yang disasarkannya mengenalinya ataupun tidak. Jika orang yang menghampirinya sudah terlalu biasa dengannya, dengan hanya memgang lengan sudah dapat dikenali. Sekiranya dengan meraba lengan belum boleh dikenali, orang buta berkenaan akan meraba anggota-anggota badan yang lain sehingga dikenali. Jika masih sukar dipastikan orang yang diraba orang buta akan melakukan sesutu sehingga rakannya atau kenalannya membunyikan suara.

Bagi orang buta yang tidak mempedulikan tanmggapan dan kritikan masyarakat terhadapnya. Dia akan cuba meraba apa sahaja objek dan benda yang ada di sekitarnya. Lebih-lebih lagi sesuatu benda itu baru dijumpainya. Setelah sesuatu benda diraba secara keseluruhannya barulah dia mempunyai pengetahuan yang lengkap berkenaan benda itu. Bagi orang buta suatu kepuasan jika dia dapat menjelaskan sesuatu dengan tepat kepada rakannya yang lain. Bersesuaianlah dengan kegemaran orang buta suka berkumpul dan berbual. Untuk tujuan ini mereka perlu mempunyai banyak maklumat dan pengetahuan yang boleh dijadikan sebagai topik perbincangan.

Jelaslah di sini sesuatu yang dilakukan oleh mansuia mestilah berdasarkan kepada keperluan, kelebihan dan kekurangan pancaincera yang ada pada seseorang manusia. Bagi orang buta situasi yang betul ialah dari sentuhan terus ke otak. Otak akan jelmakan ke dalam fikiran. fikiran yang akan menentukan tindak laku mereka. atas hakikat inilah golongan masyatakat yang normal penglihatan mesti memahami dan menyesuaikan diri dengan naluri dan perasaan orang buta. Sikap preasangka dan prajudis terhadap orang buta akan menyebabkan tanggapan yang serong dan menyeleweng terhadap orang buta secara keseluruhannya.

Wednesday, August 26, 2009

LIKU-LIKU DALAM USAHA MENDUDUKI PEPERIKSAAN STPM BUAT KALI KEDUA

Pada awal November 1988 saya telah mengembil peperiksaan STPM setelah menamtkan persekolahan peringkat menengah di SM St. John, Bukit Nanas, Kuala Lumpur selama 7 tahun. Setelah keputusan STPM diumumkan pada pertengahan bulan Mac 1989, saya hanya mendapat B.E.E.R. Pada waktu itu kebanyakan pelajar cacat pengliahatan hanya mengambil 4 mata pelajaran sahaja kerana mata pelajaran lain tidak sesuai dengan kemampuan pelajar cacat penglihatan. Mata pelajaran Syariah yang menjadi pilihan utama dewasa ini masih belum diteroka oleh pelajar buta. Keputusan yang tidak cemerlang itu tidak melayakkan saya untuk meneruskan pengajian di mana-mana universiti awam.

Pada awal Mei 1989 saya kuatkan azam dan tekad untuk mendaftar dan mengambil peperiksaan STPM buat kali kedua. Mujurlah buku-buku dan nota-nota lama masih disimpan dengan baik dan hanya membeli beberapa judul buku yang terkini. Saya juga melanggan nota-nota ringkas menerusi Syarikat Adabi Gaya Pos. Memandangkan masa untuk belajar cuma 5 bulan lebih sahaja saya tidak berminat untuk mengemukakan permohonan mengulang di tingkatan 6 atas. Ditambah pula dengan sukarnya mendapat tempat tinggal di asrama SMPK, Setapak. Merayu dan merintih untuk mendapatkan tempat tinggal bukan kerja saya kerana Pengetua SMPK, Setapak pada ketika itu memang begitu anti dengan pelajar-pelajar sekolah percantuman terutama sekali pelajar-pelajar tingkatan 6. Walaupn terpaksa berhadapan dengan masalah dan kepayahan saya sanggup belajar sendiri di rumah.

Abang saya yang baru sahaja menamatkan pengajiaannya di UM dalam bidang Pengajian Asia Tenggara bukan memberikan kata-kata semangant sebaliknya cuba melemahkan semangat saya. Alasan yang diberikannya agak logik juga. Menurutnya setahun lebih saya belajar di tingkatan 6 bawah dan atas dan mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru pun sukar untuk lulus dengan cemerlang. Jika belajar sendiri di rumah tanpa jadual yang tetap dan tiada bimbingan keputusan saya lagilah teruk. Tambahnya lagi, janganlah berlagak, mohonlah mengulang di tingkatan 6 atas. Dengan nada sinisnya jika saya terus berdegil keputusan yang bakal diperolehi nanti lagilah terus. Dia terus menempelak saya dengan mengatakan kerja yang saya lakukan sia-sia dan membazir masa. Saya langsung tidak mempedulikan kata-katanya dan terus belajar sendiri di rumah hingga akhir bulan Oktober. Prinsip yang saya pegang pada waktu itu ialah hanya saya sahaja yang mempu menyelami keperluan dan kehendak diri sendiri. Saya sendiri jugalah yang akan mengatur masa depan saya. Perkara yang harus saya lakukan adalah nerusaha ke arah kecemerlangan.

Pada pertengahan bulan Jun 1989 saya telah dihubungi oleh salah seorang kerani Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan bertujuan untuk memberitahu bahawa saya boleh mendaftar sebagai calon yang berpusat di negeri Kelantan tetapi tidak boleh menduduki peperiksaan di Kelantan kerana tiada mesin Braille iaitu alat tulis pelajar cacat penglihatan. Mahu tidak mahu saya terpaksa menduduki peperiksaan di salah satu pusat peperiksaan yang dikhaskan kepada pelajat buta yang bertempat di SM Pendidikan Khas, Setapak, Kuala Lumpur. Menurut Pegawai Pelajaran Negeri Kelantan, di sana nanti akan dilengkapi dengan mesin Braille.

Pada awal bulan November saya ke Kuala Lumpur dengan ilmu yang tersimpan di otak. Entah melekat, emtah tidak. Sedikit Sahaja buku rujukan saya bawa ke Kuala Lumpur. Mujurlah saya dapat menginap di rumah kawan-lawan lama yang terletak di Ulu Klang, Selangor. Mereka sangat baik hati kerana saya dibenarkan menumpang tanpa dikenakan sebarang bayaran. Mereka semua mengerti keadaan saya, memanglah faham kami semua rakan senasib. Sampai sahaja di situ rakan saya terus memberitahu bahawa saya mesti mencari mesin Braille sendiri. mereka yang sama-sama menduduki peperiksaan STPM perlu membawa Mesin Braille dari sekolah masing-masing. Keesokan harinya tanpa berlengah saya terus ke Unit Percetakan Braille bertujuan untuk meminjam Mesin Braille sepanjang peperiksaan berlangsung. Mujurlah salah seorang kerani di situ dengan rela hati sanggup meminjamkan saya sebuah mesin Braille. Mesin Braille itu kelihatan buruk namun boleh berfungsi dengan sempurna sehingga tamat peperiksaan.

Rumah yang saya tumpangi terlalu ramai penghuni. Bilik ada dua dan dikhususkan kepada mereka yang membayar sewa. Penghuni yang berstatus menumpang tinggal di ruang tamu. Mereka yang tidur di ruang tamu lebih ramai daripada mereka yang membayar sewa. Keadaan ini berlaku kerana ramai kawan-kawan saya belum bekerja dan sekali-sekala menjual makanan ringan dari rumah ke rumah dengan pendapatan yang tidak menentu. Saya dam tiga rakan yang lain pula menduduki peperiksaan STPM. Kebanyakan dalam kalangan kami baru menamatkan alam persekolahan dan dalam usaha belajar untuk hidup sendiri. Dengan hati yang ikhlas, saya amat menghargai jasa baik kalian kerana bersimpati dengan rakan senasib dan sanggup membenarkan saya menumpang tanpa dikenakan sebarang bayaran. Salah satu faktor kejayaan saya adalah berpunca daripada kesudian kalian semua memberikan saya tempat tinggal sepanjang musim peperiksaan.

Masih segar dalam ingatan saya beberapa malam lamanya sukar untuk saya mencari ruang untuk tidur kerana penghuni terlalu ramai. Bagaimanapun mereka semua baik hati kerana sanggup merapatkan badan antara satu sama lain sambil tidur mengiring demi memberi ruang kepada rakan-rakan yang lain. Bagi saya pengalaman manis ini merupakan cabang ilmu yang boleh mengajar saya erti kehidupan yang sebenar.

Sepanjang tempoh peperiksaan jarang sekali saya menyentuh buku. Masa yang terluang saya habiskan dengan bersembang dan berlawak jenaka dengan rakan-rakan. Maklumlah saya berpisah dengan rakan-rakan hampir setahun lamanya dan hilai tawa kalian semua sangat dirindui. Bila berjumpa semula beraneka macam cerita lama dan baru dapat dikongsi bersama. Mujur juga saya membawa sedikit buku. Setiap hari saya tidur lewat malam dan banyak masa dihabiskan dengan bersembang di kedai kopi yang berhampiran. Seingat saya sekali sahaja saya berpeluang membuka buku untuk mata pelajaran Pengjian Am Kertas (1). Emtah kenapa pagi itu rasa rajin sedikit dan kebetulan pula Kertas Pengajian Am (1) dijadualkan pada sebelah petang. Rakan-rakan yang lain masih dibuai mimpi. Saya pun rasa mengantuk tetapi pada pagi itu semangat mengatasi segala-galanya.

Hendak dijadikan cerita, pada sautu malam salah seorang rakan yang sama-sama menduduki peperiksaan STPM mencadangkan agar kami semua belajar di ruang depan masjid yang berdekatan . Menurutnya di situ terdapat beberpa kerusi panjang yang boleh digunakan untuk mentelaah pelajaran. Atas dasar prinsip berkawan, pada jam 10.30 malam saya dan tiga orang rakan bergerak ke masjid yang berhampiran. Sampai sahaja di ruang depan masjid kami semua memilih tempat yang sesuai untuk belajar. Tanpa berlengah rakan kami yang mengemukakan cadangan tadi terus memulakan bacaan senyapnya. Kami pun turut sama mengikut jejaknya. Tidak sampai 15 minit kami berada di situ dan punggung pun belum cukup panas, kami telah ditegur oleh beberapa orang Rela yang bertugas pada malam itu. Mereka menuruh kami balik ke rumah. Kami cuba menjawab dengan mengatakan kami cuma nak belajar di sini kerana suasana di sekitar masjid sunyi. Mereka tetap bertegas menyuruh kami pulang dengan alasan kawasan sekitar sini kurang selamat dan dibimbangi kami diganngu oleh dan diugut oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dengan perasaan yang kecewa kami terpaksa akur dan terus balik ke rumah. Hasrat dan kesunggugan untuk belajar pada malam itu berkecai begitu sahaja.

Seperti biasa kami berulang-alik ke pusat peperiksaan dengan menaiki bas awam. Pada suatu petang kami menunggu bas pada jam 1.20 petang kerana Kertas Pengajian Am (1) bermula pada jam 2.00 petang. Tidak seperti hari-hari biasa, entah kenapa pada hari itu bas tiba terlalu lewat iaitu pada jam 2.05 petang. Kami tiba di pusat peperiksaan pada jam 2.20 petang dan tepat jam 2.30 petang barulah kami yang terlewat setengah jam ini mula menjawab. Kami ditegur oleh ketua pengawas peperiksaan agar jangan tiba lewat lagi. Menurutnya jika terlewat melebihi satu jam tanpa alasan yang kukuh kemungkinan tidak dibenarkan memasuki bilik peperiksaan.

Seingat saya pada tahun 1989 seramai 12 orang calon cacat penglihatan termasuk calon sekolah dan calon persendirian di sekitar Kuala Lumpur yang menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, hanya saya seorang sahaja yang berjaya meneruskan pengajian ke menara gading iaitu di Universiti Malaya. Liku-liku kehidupan yang diharungi dan pengalaman pahit manis merupakan ilmu yang paling berharga. Pengorbanan dan keyakinan diri mengajar kita menjadi orang yang sabar dan tetap pendirian.