Thursday, September 10, 2009

BERHATI-HATI JIKA BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BUSUK HATI

Seringkali orang bercakap tentang hati. Sewaktu saya masih remaja saya agak terkeliru berkenaan dengan hati. Saya sering mendengar orang sebut "sakit hati". Si polan tertentu sakit hati pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Si polan yang lain pula sakit hati juga tak pula perlu mendapatkan rawatan di hospital. Timbul pertanyaan dalam diri sendiri dan sukar untuk diluahkan kepada sesiapa kerana binbang jawapan yang diberikan kurang memuaskan. Akibatnya pemahaman saya tentang hati semakin bercelaru. Sabda Rasullah SAW: Ertinya "Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak. maka rosaklah seluruh badan. Itulah hati". Jika dilihat daripada perspektif ulama dan ahli falsafah, ada yang berpendapat hati yang Rasulullah maksud adalah sesuatu yang tidak berbentuk material atau jasad sifatnya dan tidak dapat dilihat dengan mata. Bagaimanapun, ada pakar akademik yang berpendapat, jika ditinjau dalam konteks sains perubatan yang lebih objektif dan spesifik. Maka hadis yang Rasulullah sebut itu sangat bertepatan dengan organ hati secara jasad. Justeru, jagalah hati anda walau daripada kacamata apa sekalipun yang anda tanggap dan melihatnya.


Dalam bicara ini, saya akan memberi tumpuan kepada hati yang tidak boleh dilihat secara konkrit dan hanya boleh difahami dan diamati dengan menggunakan akal dan fikiran yang waras. Setiap hari corong telinga kita dilontarkan dengan perkataan hati. Perkataan hati yang dituturkan biasanya berkaitan dengan hati yang abstrak dan seringkali membuatkan manusia berhadapan dengan rasa gembira, suka, sedih, duka dsbnya. Maknanya segala tindakan, interaksi dan hubungan antara manusia sesama manusia dan dengan makhluk yang lain dikawal selia oleh hati dan perasaan. Suka dan duka, tawa dan tangis adalah mainan dalam rencah kehidupan manusia. Justeru, hati manusia dan semua makhluk Allah SWT boleh berperanan dalam dua situasi iaitu secara positif dan negatif. Jika manusia berada dalam keadaan yang harmoni hatinya akan berfungsi secara terpuji. Maka lahirlah ungkapan "hati suci", "hati tulus ikhlas", "hati budi" dsbnya. Bagi manusia yang kerap cenderong ke arah kejahatan dan kejahilan hatinya turut sama menunjukkan reaksi yang keji dan terkutuk. Maka lahirlah ungkapan"hati durjana", "dendaman hati", "busuk hati" dsbnya. Seterusnya minda, pendapat dan buah fikiran saya akan menjurus kepada manusia yang bergelomang dengan hati busuknya. Kita sebagai anggota masyarakat harus berhati-hati dan berwaspada ketika berkawan dan berhubung dengan manusia jenis ini. Kita tidak boleh meminggir dan memulaukannya kerana mereka pun ada hak untuk bergaul dengan anggota masyarakat. Seboleh-bolehnya cuba hindarkan diri menjadikannya sebagai sahabat karib dan teman sejati. Jika tersalah langkah hidup mnerana sepanjang hayat.


Manusia yang busuk hati ialah seseorang yang sentiasa berniat jahat terhadap orang lain. Baginya dia sahaja yang betul dan apa juga tindakan yang dilakukan oleh orang lain tidak betul dan dia akan mengkritik secara tidak rasional. Teguran dan pandangan yang membina jarang sekali. Sesuatu yang dilakukan mesti mempunyai niat buruk sama ada untuk melunturkan maruah seseorang atau ingin menjatuhkan imej seseorang di sisi masyarakat. Bila perancangan dan pelaksanaannya berjaya dia akan berlapang dada dan gembira. Manusia begini sebenarnya didorong dan terikut-ikut dengan perangai syaitan. Jika tidak dikesan dari awal, sesiapa yang menjadi mangsanya akan dipulau dan dikutuk oleh masyarakat sekeliling dalam tempoh yang tertentu.


Manusia yang busuk hati tidak akan berasa puas dengan apa yang diperolehinya dan menyimpan perasaan dengki yang mendalam terhadap orang lain. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan apa yang dimahukan dapat dipenuhi walaupun terpaksa menjejaskan dan menyekat hak orang lain. Baginya apa sahaja yang ingin dilakukan ada sahaja penghalang. Biasanya orang yang lebih bijak atau lebih dominan daripadanya dianggapnya sebagai pengganggu yang perlu dihindari secara halus. Orang seperti ini bolehlah kita kategorikan sebagai duri dalam daging. Berbagai-bagai alasan dan helah yang digunakan dalam usaha mempengaruhi orang-orang tertentu teritama sekali ketuanya dalam usaha menjaga kepentingan diri dengan menjejaskan kepentingan dan hak yang sepatutnya milik orang lain. Contohnya kenaikan pangkat atau apa-apa yang sepatutnya diperolehi oleh individu tertentu akan disekat dan dihalang. Hak ini akan dipesongkan kepada dirinya orang-orang lain yang sekroni dengannya.


Individu yang busuk hati akan tergamak dan dengan bangganya akan menyebarkan segala maklumat dan butiran yang dianggap rahisia oleh sesebuah jabatan atau organisasi tertentu. Lebih memburukkan keadaan rahsia tersebut bukan setakat disebar malah ditokok-tambah lagi dalam usaha menambahkan resepi cerita yang disampaikan kepada masyarakat sekeliling dan orang-orang yang berkepentingan dengan sesuatu organisasi yang dijadikan sebagai fokus perbualan. Seandainya perbuatan jahat ini tidak ditangani dengan segera boleh memporak-porandakan dan seterusnya menghancurkan sesuatu organisasi sama ada organisas yang berorientasikan keuntungan atau kebajikan. Manusia durjana ini bolehlah kita sifatkan sebagai virus dalam sesebuah organisasi.


Masalah dan perselisihan faham yang kecil adalah asam garam dalam sesenuah organisasi yang mempunyai ramai pekerja atau ahli yang ramai. Biasalah manusia mempunyai pelbagai kerenah dan kemahuan yang tidak terbatas. Jika berlaku unsur-unsur seumpama ini dalam sesebuah organisasi yang mempunyai orang yang busuk hati. Tanpa berlengah dan berfikr panjang dia akan bertindak sebagai batu api yang bakal menyemarakkan lagi bahang pertikaian yang baru bermula. Dengan kreativiti songsangnya dia bertindak mengada-ngadakan cerita kepada orang tertentu agar mangsanya lebih marah kepada lawannya. Dalam tempoh tertentu dia akan sentiasa berdamping dan rapat dengan mangsanya. Setelah usaha jahatnya tercapai barulah secara perlahan-lahan dia menjauhkan diri daripada mangsanya. Mangsanya akan terus bertelagah dan bergaduh dengan lawannya. Dia akan berperanan sebagai pemantau dan mengikuti perkembangan dengan penuh minat. Kesanya ialah hubungan antara dua orang yang seteru itu akan berpanjangan dan berlaturan hingga mebawa kepada pergaduhan yang besar. Akibatnya mereka yang bermasalah ini tidak akan bertegur sapa antara satu sama lain. Semuanya angkara manusia yang busuk hati.


Satu tabiat orang yang busuk hati ialah suka meminjam wang daripada sesiapa pun yang dia jangka mempunyai sumber kewangan yang banyak. Dalam proses mempengaruhi orang yang menjadi sasaranya, dia akan menceritakan masalah dan kesempitan hidup yang dialaminya. Dia akan cuba sedaya upaya sehingga sasarannya bersimpati dan rasa kasihan terhadap dirinya. Pada hakikat yang sebenar bukan dia tidak mempunyai wang tetapi sengaja ingin menguji dan mempedayakan mangsanya. Setelah dia berjaya mendapatkan jumlah wang yang dikehendakimya dalam tempoh beberapa bulan dia akan menjauhkan diri daripada peminjamnya. Tujuannya bagi mengelakkan peminjam menyebut tentang pembayaran hutang dan telah tersemat dalam dirinya untuk tidak menjelaskan hutangnya. Orang yang busuk hati sangat sukar menjelaskan hutang. Dia akan mencipta beribu alasan seandainya peminjam meminta dia menjelaskan hutang. Secara terpaksa dia akan menjelaskan dalam kadar yang sedikit sahaja itupun setelah didesak dan diugut berkali-kali. Jika kita didorong oleh orang yang busuk hati dalam usaha untuk meminjam wang, kita harus keras hati agar kita tidak menghulurkan sejumlah wang kepadanya. Tentunya wang kita tidak akan dikembalikan.

Jika kita biasa berhadapan dengan orang yang busuk hati dapat diperhatikan dia suka mengkritik dan memberikan pendapat namun sangat sukar menerima kritikan dan pandangan orang lain. Lazimnya sesiapa yang tidak mempunyai kepentingan baginya akan dikritik tanpa memikirkan langsung perasaan dan sensitiviti orang yang dikritiknya. Dia suka memberi pendapat dan pandangan. Meskipun pendapatnya tidak bernas seboleh-bolehnya dia mahu orang menerima pendapatnya tanpa sebarang tentangan. Sekiranya dia dikritik, walaupun kritikan itu bertujuan untuk kebaikan dirinya, tanpa berfikir panjang dia akan marah dan melenting. Jika terlalu meradang dia boleh menangis. Tidak hairan juga jika dia sukar menerima pandangan dan buah fikiran orang lain. Dia akan cuba sedaya upaya menangkis pendapat orang. Lebih-lebih lagi jika orang itu seteru dengannya. Dengan senang hati dia akan memuji dan menerima pandangan orang yang rapat dan mempunyai kepentingan dengannya. Dengan kata lain dia sangat suka mewujudkan kroni. Orang yang busuk hati tidak berfikiran terbuka dan terkongkong dengan egonya sendiri. Orang seperti ini tidak boleh berada dalam kumpulan perbincangan. Kesannya akan sukar mendapat kata sepakat dan kerjasama yang sewajarnya.

Secara kesimpulannya, kita harus sentiasa berwaspada dengan mereka yang busuk hati kerana mereka mempunyai muslihat dan niat yang tidak baik terhadap orang lain. lantaran itu, kita disyorkan agar meneliti dan cuba memahami sikap dan pegangan hidup orang yang baru kita kenali. Kita ditegak dan dolarang sama sekali menjadikan mereka yang busuk hati sebagai sahabat atau rakan karib. Bagaimanapun. dalam setuasi tertentu kita boleh berkawan dengan mereka yang busuk hati secara berhati-hati agar tidak mudah diperdayakan oleh mereka. Untuk mengelakkan kita dikatakan sebagai orang sombong, kita digalakkan berkawan dengan mereka yang busuk hati di kedai makan dan di tempat awam. Kita ditegah membawa mereka yang busuk hati ke rumah atau tinggal serumah dengannya. Jika terdapat orang yang busuk hati dalam keluarga kita, kita mesti sentiasa memberi masihat dan motivasi kepadanya agar berubah sikap dan menjadi seorang yang berpekerti mulai.


3 comments:

  1. aku sgt2 kenal dgn org yg busuk hati... org yg busuk hati ni pun dkt sgt2 dgn aku selame hayat aku... agak mnderite jugak la..tpakse mkn hati dgn org busuk hati ni... bile aku dah kenal sgt2 dgn org mcmni...aku dah xkekok lagi...sebab aku mmg tau..die sorg yg busuk hati... aku cume pekak kn telinge dan keraskn hati bile bersama die...

    ReplyDelete
  2. Satu tabiat orang yang BUSUK HATI ialah SUKA MEMINJAM WANG daripada sesiapa pun yang dia jangka mempunyai sumber kewangan yang banyak. Dalam proses mempengaruhi orang yang menjadi sasaranya, dia akan menceritakan masalah dan kesempitan hidup yang dialaminya. Dia akan cuba sedaya upaya sehingga sasarannya bersimpati dan rasa kasihan terhadap dirinya. Pada hakikat yang sebenar bukan dia tidak mempunyai wang tetapi sengaja ingin menguji dan mempedayakan mangsanya. Setelah dia berjaya mendapatkan jumlah wang yang dikehendakimya dalam tempoh beberapa bulan dia akan menjauhkan diri daripada peminjamnya. Tujuannya bagi mengelakkan peminjam menyebut tentang pembayaran hutang dan telah tersemat dalam dirinya untuk tidak menjelaskan hutangnya. Orang yang busuk hati sangat sukar menjelaskan hutang. Dia akan mencipta beribu alasan seandainya peminjam meminta dia menjelaskan hutang. Secara terpaksa dia akan menjelaskan dalam kadar yang sedikit sahaja itupun setelah didesak dan diugut berkali-kali. Jika kita didorong oleh orang yang busuk hati dalam usaha untuk meminjam wang, kita harus keras hati agar kita tidak menghulurkan sejumlah wang kepadanya. Tentunya wang kita tidak akan dikembalikan.


    drpd ayat ini...aku juge penah kene dgn LELAKI mcmni...betul2 jelas sekali...kisah silam aku dulu...berkawan dgn org mcmni..akhirnya aku tinggalkn kwn ni, sbb aku tau die berkawan dgn aku ade niat yg xbaik..jadikan aku tmpat die pinjam wang aku dan xpenah baya balik..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete