Saturday, September 14, 2013

GELAGAT KUCING MENGAWAN

Semua hidupan akan melakukan hubungan seksual antara berlainan jantina. Sampai peringkat umur tertentu makhluk yang bernyawa akan dikurniakan nafsu syahwat yang wujud secara semulajadi dalam jasad. Nafsu seks akan beroperasi menggunakan anggota kemaluan. Tempat, situasi dan suasana sewaktu melakukan hubungan jenis berbeza antara satu makhluk dengan makhluk yang lain. Sudah menjadi lumrah, hubungan seksual mempunyai serampang dua mata iatu sebagai sumber hiburan yang intim dan untuk menambahkan zuriat sesuatu spesies hidupan.

Kucing ialah sejenis haiwan yang gemar dipelihara oleh manusia. Binatang ini mudah dimanjakan dan rupanya menarik perhatian orang. Tindak balas matanya amat memukau pandangan. Mereka yang suka berdamping dengan kucing beranggapan Si Comel boleh mengurangkan rasa sunyi dan meredakan perasaan dan jiwa yang tertekan. Harus diingat, bila tiba masa kucing mengawan, spesies ini tidak ada keinginan untuk melayan kerenah mansuia. Kucing mula pandai mengawan bila usianya mula mencapai 7 atau 8 bulan, bergantung pada perkembangan fizikal sesekor kucing. Pada rahap inilah kucing jantan mula merayau mencari kucing betina. Nada ngiauan yang kuat akan digunakan untuk memanggil kucing betina bercinta dengannya. Kadang kala berhari-hari tidak pulang ke rumah untuk melengkapkan siri mengawan. Dua ekor kucing jantan sanggup bertarung dan berlawan semata-mata untuk mendapatkan seekor kucing betina. Jika berjaya berhari-hari si jantan ini akan berasmara dengan kucing betina tersebut sehinggalah kucing betina bunting.

Gelagat yang ditunjukkan oleh kucing betina agak berbeza dengan kucing jantan. Kucing betina hanya akan menunggu kehadiran kucng jantan bertandang ke tempatnya. Ketika musim mengawan, kucing betina akan kurang selera makan dan tiada mud untuk melayan manusia yang menghampirinya. Si betina akan berguling-guling sebagai tanda menggatal dan miang. lokasi yang dipilih di muka pintu atau di tepi tingkap sambil mengeluarkan bunyi yang manja untuk memanggil kucing jantan. Setelah kucing jantan tiba untuk mengawan. Kucing betina terus berlari mendapatkan kucing jantan dan segera mencari kawasan yang selamat untuk proses mengawan.

Biasanya episod kucing mengawan berlaku pada waktu malam. Pada ketika ini manusia kebanyakannya berada di rumah. Kesempatan dan peluang diambil oleh kucing untuk beradegan di tempat yang terlindung serta dirasakan selamat. Adegan bermula dengan gurauan secara pandang-menadang dan cakar-mencakar. Pada situasi ini kita dapat mendengar ngiauan yang agak kuat daripada kedua-dua ekor kucing. Bunyi ngiauan akan semakin perlahan dan bertukar menjadi manja. Seterusnya babak mengawan akan sampai ke peringkat climaks di mana kedua-dua ekor kucing melakukan hubungan seksual menggunakan kemaluan. Selanjutnya akan terjadilah persenyawaan antara benih kucing jantan dengan kucing betina.

Setelah selesai beberapa proses mengawan, kucing betina akan pulang ke rumah dengan keletihan. Pada siang hari kucing betina akan tidur dan dapat diperhatikan badannya akan luka-luka akibat digigit oleh kucing jantan. Luka-luka, bulu tertanggal dan kulit terkopek adalah perkara biasa bagi kucing betina yang telah menyelesaikan adegan mengawan. Setelah terjaga dari tidur dan hilang kepenatan barulah kucing betina mengiau-ngiau meminta makanan daripada tuannya. Jika kucing tidak bertuan, kucing betina mencari makanan di kedia makan atau tong sampah. Jika masih mengekalkan tabiat semulajadi, kucing betina akan mencari tikus di sawah atau di tepi hutan.

Manusia yang memelihara kucing sebagai binatang jinak tidak sewajarnya mengkasi kucing bertujuan mengelakkan kucingnya mengawan. Bagi mereka jika kucing mengawan terutama sekali kucing jantan tidak akan pulang ke rumah berhari-hari lamanya. Kucingnya juga akan tidak terurus dan sukar untuk dikawal. Sesungguhnya mengkasi kucing adalah berdosa di sisi agama Islam.                          

21 comments:

  1. 2ekor kucing sya bela, brother n sister. Yg jantan bru je lepas mengawan. Drpd kncing dlm toilet brtukar jd kencing merata tmpat. Skrg ni dh ok skit. Lpas tu skrg ni yg betina pulak buat hal. Risau sye tgk kucing betina sye terguling-guling, terjerit-jerit, tertonggek-tonggek . . Ingat dh kna sampuk apa ke, baru je nk bwak gi mengubat. Punya laa dy buat bising smpaikan sye xckup tido, drpd prangai mencuit hati ke perangai bg sye stress. Ish3 .. Sabor je laaa. Kucing jantan pun terus jd tkut2 tgk adik dy yg betina tu.

    ReplyDelete
  2. Betul ke mengkasi kucing dosa disisi agama??

    ReplyDelete
  3. Mane tahu dose??? Die ade 3 hukum.

    ReplyDelete
  4. fatwa dikeluarkan..TAK DOSA atas sebab tertentu..terutamanya nak elakkkan makin byk kucing terbiar.sblm menulis lebih baik kaji dulu.itu cara berblog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. x dosa untuk elak kucing dibuang meerata2 mati digilis dan sbgnya.. kaji la dlu sblm tulis kan...

      Delete
  5. Ntah....jgn terus letak hukum je...haihh kompius utk org lain....d haruskn mngkasi kucing ni nk plk yg kita bela indoor je..klu hari2sibuk kje smpai xtau kucing bunting/beranak x ke

    aniaya kucing tu.... bukan sbb sja2nk kasikan dia....TAK murah pn kos nk kasi ni....

    ReplyDelete
  6. Oh..patutla kucing sy kurang mkn..risau pulak d buat ny..normal ye kalo mengawan

    ReplyDelete
  7. Kalau nk bg kucing betina berenti mengiau mcm mn ye? Sbb dia nk mengawan tp sy xde kucing jantan. Kesian tgk dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mandulkan atau carikan pasangan untuk dia

      Delete
    2. Mandulkan atau carikan pasangan untuk dia

      Delete
  8. sama la sini..kucing indoor. dah brp hari mengiau..selalu peluk dia angkat bg tgk tingkap baru diam (dh mcm kena pujuk baby). nak sunatkan tp kesian.. tak bersedia nk timang cucu lagi..

    ReplyDelete
  9. Kucing saya indoor seokor betina 2 tahun dan jantan 1 tahun.
    Saya beli masing2 masih kecil....tp yg peliknya kucing betina saya walau pun tengah on heat masih tak nk.mengawsn dgn si kucing jantan saya....kucing jantan saya dah cuba dekat konon2 nk berkawan sbb sama2 on heat...tp kucing betina saya jual mahal.....pls nk minta advise mcm mn nk bg dua2 mengawan...mgkin kucing beyina saya memilih...hihi

    ReplyDelete
  10. Kucing saya indoor seokor betina 2 tahun dan jantan 1 tahun.
    Saya beli masing2 masih kecil....tp yg peliknya kucing betina saya walau pun tengah on heat masih tak nk.mengawsn dgn si kucing jantan saya....kucing jantan saya dah cuba dekat konon2 nk berkawan sbb sama2 on heat...tp kucing betina saya jual mahal.....pls nk minta advise mcm mn nk bg dua2 mengawan...mgkin kucing beyina saya memilih...hihi

    ReplyDelete
  11. Kucing saya indoor seokor betina 2 tahun dan jantan 1 tahun.
    Saya beli masing2 masih kecil....tp yg peliknya kucing betina saya walau pun tengah on heat masih tak nk.mengawsn dgn si kucing jantan saya....kucing jantan saya dah cuba dekat konon2 nk berkawan sbb sama2 on heat...tp kucing betina saya jual mahal.....pls nk minta advise mcm mn nk bg dua2 mengawan...mgkin kucing beyina saya memilih...hihi

    ReplyDelete
  12. Tak ape ke klo xbg kucing btine mgawan...now ad kucing kt umh dh buat sy stress giler...

    ReplyDelete

  13. Apa hukum memandulkan kucing?
    Islam adalah agama yang sempurna dan tidak ada suatu pun dalam kehidupan ini yang tidak disentuh oleh Islam. Begitu juga dengan hal memandulkan / neuter / spay / kembiri / kasi kucing peliharaan. Fatwa dan hukum yang berkaitan telah lama ditetapkan oleh ulama seluruh dunia.
    Saya bukan pakar dalam penentuan hukum agama, tetapi saya hanya mengguna pakai apa yang telah ditentukan oleh ulama.
    Sudah tentu mereka telah merujuk kepada nas-nas yang jelas sebelum membuat keputusan mengenainya. Saya harap kiriman ini akan dapat memberikan penjelasan bagi mereka yang masih ragu-ragu mengenainya.

    Khilaf di kalangan Ulama
    Pertamanya, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam hal binatang peliharaan. Jika ianya binatang ternakan, kebanyakan ulama berpendapat ianya adalah harus untuk mengkasikannya. Bagi binatang peliharaan, ada yang menegah (atas sebab-sebab tertentu), namun ada juga yang membenarkannya, iaitu dari pendapat Imam Hanafi (juga atas sebab-sebab tertentu).
    Maka kita boleh bertaklid kepada pendapat yang membenarkan perbuatan mengembiri kucing peliharaan, atas sebab menjaga hubungan baik dengan jiran serta kesihatan kucing, dengan syarat pembedahan itu tidak akan membahayakan nyawa kucing itu sendiri.
    Pernyataan di atas adalah kesimpulan yang boleh diperolehi di IslamOnline.com, pada pautan itu juga anda boleh melihat perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam pelbagai mazhab.

    Therefore, we say that if there is some benefit in neutering the cat and if that will not cause its death, then it is permissible.
    Dipetik dari IslamOnline.com

    Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan
    Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :

    Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
    All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
    After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
    Dipetik dari FelineMalaysia.com

    Tapi Masih Ada Yang Kata Haram?
    Memanglah, kan telah diterangkan tadi bahawa ada pendapat yang mengharuskannya, dan ada juga yang mengharamkannya. Jika ada terdengar ustaz yang berkata ianya adalah haram, maka fahamlah bahawa dia bertaklid kepada pendapat yang mengatakan ianya adalah haram.
    Tetapi haram di sini bukanlah mutlak untuk semua orang, kerana terdapat khilaf dikalangan ulama. Ia bukanlah ijma' ulama atau sepakat dikalangan ulama.
    Jika anda berpegang kepada pendapat yang mengatakan ianya haram, tidak mengapa. Tetapi anda tetap perlu menjaga hak jiran anda. Jangan pula jika jiran anda bertanya kenapa tidak dimandulkan kucing jantan itu (kerana kucing anda kencing pada pasu bunganya), anda hanya pandai menjawab, "HARAM!". Anda tetap wajib membasuh kesan kencing itu sehingga hilang. Dan percayalah, kucing jantan yang tidak dimandulkan, pasti akan kencing untuk menanda kawasannya.
    Cumanya, dalam suasana di Malaysia ini anda lihatlah sendiri keupayaan kita untuk menjaga kucing masing-masing. Besar sangatkah rumah di Malaysia ini? Kucing memerlukan 3 blok rumah sebagai sempadan minimum untuk kawasannya. Mana nak cari? Melainkan kawasan rumah anda sememangnya sangat luas dan confirm perlakuan kucing anda tidak akan mengganggu jiran.
    Saya harap anda telah jelas dengan masalah ini. Kesimpulannya adalah, hukum mengembiri binatang peliharaan (termasuk kucing) adalah harus, bukan untuk memuaskan hati anda, tetapi untuk menjaga hubungan baik dengan jiran, kesihatan kucing serta manfaat lain, selagi mana pembedahan itu tidak membahayakan nyawa kucing itu

    ReplyDelete
  14. Sukati je letak hukum haram mandulkan kucing. Kurang membaca pakcik blogger ni agaknya.

    Kalau awak taknak mandulkan kucing, tak payah suka2 letak hukum kengkonon awak je yang betul. Orang lain ada sebab la kenapa nak mandulkan kucing.

    Orang Melayu kita macam ni lah, sikit2 haram. Asal tak kena ke dia, haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn marah kat dia mungkin dia kurang arif ttg bab menkasi kucing
      Info yg dia bagi ada manfaatnya, jgn menghukum seseorang hanya kerana kita rasa kita lebih tau dari dia

      Delete
  15. Diharuskan bukan haram..... banyak kebaikannya mengkasi kucing.. tapi ramai org Salah anggp. Malah mereka biar je kcg beranak pinak lps tu buang pi pasar.....

    ReplyDelete
  16. Diharuskan bukan haram..... banyak kebaikannya mengkasi kucing.. tapi ramai org Salah anggp. Malah mereka biar je kcg beranak pinak lps tu buang pi pasar.....

    ReplyDelete
  17. Sya nak tnya ni. Kucing jantan bole mengawan dgn kucing betina yg berlainan? Mksd sy minggu ni kcing betina lain and minggu dpn kcing betina lain.

    ReplyDelete