Kentut ialah hembusan angin sama ada perlahan atau kuat yang keluar dari buntut manusia. Biasanya kentut mengeluarkan bunyi dan bunyi yang boleh didengar oleh orang yang berada berhampiran dengan si kentut. Bunyi kentut terhasil daripada geseran angin yang terkena pada kedua-dua kedutan buntut. ditambah pula geseran pada seluar dalam atau kain yang dipakai oleh si kentut. Setiap manusia dikurniakan alunan bunyi kentut yang berbeza. bunyi kentut unik dan rentak bunyinya berbeza bergantung kepada cara seseorang melepaskan kentutnya. Ramai juga orang pandai kentut senyao-senyap, Kentutnya langsung tidak mengeluarkan bunyi. Cuma yang terhidu baunya sahaja. Di khalayak ramai tidak dapat dipastikan siapa yang telah kentut. Dia melepaskan angin buangannya secara perlahan-lahan. Jika berada dalam majlis formal tidak bermoral jika terkentut dengan bunyi yang kuat. Hadirin yang ada akan memandang sinis pada si kentut. Individu berkenaan juga akan menjadi bahan sendaan dan perli.
Biasanya kentut akan mengeluarkan bau yang busuk. Kentut busuk kerana angin yang dihamburkan keluar melalui buntut merupakan gas atau angin buangan yang terhasil daripada makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari. Di dalam perut manusia kentut ditempatkan bersama-sama dengan tahi. Orang yang menagguhkan buang air besar akan cenderung terkentut berkali-kali. Kentut sebegini akan mencenarkan udara dengan bau yang sangat busuk. tidak dinafikan ada orang kentutnya tidak busuk. Dia kentut mungkin kerana mempunyai masalah angin yang sering mengganggu keselesaan perutnya.
Bagi mereka yang termakan makanan yang tidak bersih, kemungkinan besar akan bersisko terkena keracunan makanan. Tanda awal jika seseorang terkena keracunan makanan ialah dai akan terkentut-kentut. semakin lama kentutnya semakin kerap. ditambah pula dengan rasa perut yang tidak selesa. Perut mula berbunyi dan akan terasa sakit. Pada ketika inilah pesakit cirit-birit kena berhati-hati. Jika tidak berhati-hati kentut akan keluar bersama-sama dengan tahi cair. Pesakit cirit-birit akan tidak selesa melakukan tugasan harian kerana terpaksa berulang-alik ke tandas untuk kentut dan berak cair.
Setiap orang akan kerap kentut. Kita tidak tahu bilakah kita akan kentut. Bila sampai masa angin kentut perlu dikeluarkan. Jika tidak, perut dan badan akan tidak selesa. Jika ingin kentut, seelok-eloknya jauhkan diri kita dari orang lain. Kita akan dapat kentut dengan selesa tanpa menimbulkan kemarahan orang lain. Bagaimanapun, jika seseorang sedang berkumpul dengan rakan sebayanya atau mereka yang terlalu biasa dengannya. dia akan kentut tanpa segan silu. Bunyi yang didengar dan bau yang dihidu menjadi bahan ketawa dan lawak jenaka.
Saturday, April 19, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)