Melatah ialah satu perilaku yang tidak asing dalam masyarakat Melayu. Tidak kira di mana lokasi masyarakat Melayu berada akan kedengaranlah orang Melayu melatah. Melatah boleh dimaksudkan sebagai tindakan luar kawalan yang dilakukan oleh seseorang yang terperanjat. Terperanjat secara tidak sengaja atau disengajakan oleh orang yang berada di situ. Orang yang melatah akan menuturkan kata-kata tertentu dengan suara yang kuat. Kadang-kadang diikuti dengan tindak balas tangan, kaki dan gerakan badan. Mereka yang berada di sekeliling mesti waspada dengan sifat ageresif yang mungkin terjadi kepada orang yang melatah. Tidak mustahil si pelatah boleh mencederakan orang yang berdekatan dengannya. Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu, Mana-mana orang yang telah diketahui umum sebagai pelatah, dia akan diganggu bertujuan untuk menyaksikan latahannya. Kata-kata dan ayat-ayat yang dihamburkan oleh pelatah berfungsi sebagai unsur humor dalam masyarakat Melayu.
Sehingga ke hari ini, tiada seorang pun pengkaji budaya masyuarakat Melayu yang dapat mengetengahkan punca orang Melayu melatah secara berfakta yang disokong dengan bukti yang jelas. Cuma, yang ada hanyalah andaian-andaian dan pendapat-pendapat yang masih boleh dipersoalkan kebenarannya. Saya sebagai rakyat Malaysia yang biasa bergaul dengan beberapa bangsa, seringkali terfikir, mengapakah melatah hanya wujud dalam masyarakat Melayu? Acapkali juga berkongsi pandangan dan meminta pendapat rakan-rakan. Mereka pun seperti saya juga, masih tidak mampu memberikan jawapan yang betul-betul bernas dan jitu. Seperkara lagi yang sering berlegar di fikiran saya ialah kalimah-kalimah dan ungkapan-ungkapan yang diluahkan oleh pelatah mesti tidak bersopan dan kurang ajar sama ada mencarut atau maki-hamun. Sebetulnya orang melatah mengeluarkan kata-kata yang tidak sesuai didengar oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan mudah terpengaruh. Unsur ini masih lagi tidak dapat dirongkai oleh pengkaji cara dan gaya hidup kelompok Melayu.
Bagi pendapat saya, melatah mempunyai kaitan rapat dengan makhluk halus dan makhluk luar biasa. Orang Melayu dalam proses pujaan dan ilmu perbomohan seringkali menggunakan makhluk halus sebagai pembantu untuk mencapai hasrat mereka. Bila ada orang Melayu yang mengundang makhluk halus dan berkawan dengan mereka, mereka akan sentiasa berada dalam masyrakat Melayu dan kemungkinan besar berada dalam jasad orang Melayu yang lemah semangat. Mereka yang badannya mempunyai makhluk halus berisiko untuk melatah. Orang yang melatah, mereka seolah-olah menurun kerana sewaktu melatah mereka tidak sedar dan berkata-kata tanpa kawalan akal dan fikiran. Makhluk halus biasanya akan menyesatkan masnusia dan mendorong manusia melakukan amalan yang bercanggah dengan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan orang yang berakal dan berfikiran rasional.
Pada masa kini, berpura-pura melatah ialah salah satu cara untuk mencarut dan meluahkan kata-kata yang dibenci oleh masyarakat. Biasanya orang yang benar-benar melatah akan mencampakkan apa sahaja yang ada di tangganya. Cuba kita cucuk pinggang rakan yang kerap melatah, dia tidak akan membaling barang peribadi yang disayanginya, jika dia pura-pura melatah. Dia akan melakukan reaksi lain untuk menrik perhatian kawan-kawan yang ada di sekelilingnya.
Thursday, December 4, 2014
Saturday, April 19, 2014
Perihal Kentut
Kentut ialah hembusan angin sama ada perlahan atau kuat yang keluar dari buntut manusia. Biasanya kentut mengeluarkan bunyi dan bunyi yang boleh didengar oleh orang yang berada berhampiran dengan si kentut. Bunyi kentut terhasil daripada geseran angin yang terkena pada kedua-dua kedutan buntut. ditambah pula geseran pada seluar dalam atau kain yang dipakai oleh si kentut. Setiap manusia dikurniakan alunan bunyi kentut yang berbeza. bunyi kentut unik dan rentak bunyinya berbeza bergantung kepada cara seseorang melepaskan kentutnya. Ramai juga orang pandai kentut senyao-senyap, Kentutnya langsung tidak mengeluarkan bunyi. Cuma yang terhidu baunya sahaja. Di khalayak ramai tidak dapat dipastikan siapa yang telah kentut. Dia melepaskan angin buangannya secara perlahan-lahan. Jika berada dalam majlis formal tidak bermoral jika terkentut dengan bunyi yang kuat. Hadirin yang ada akan memandang sinis pada si kentut. Individu berkenaan juga akan menjadi bahan sendaan dan perli.
Biasanya kentut akan mengeluarkan bau yang busuk. Kentut busuk kerana angin yang dihamburkan keluar melalui buntut merupakan gas atau angin buangan yang terhasil daripada makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari. Di dalam perut manusia kentut ditempatkan bersama-sama dengan tahi. Orang yang menagguhkan buang air besar akan cenderung terkentut berkali-kali. Kentut sebegini akan mencenarkan udara dengan bau yang sangat busuk. tidak dinafikan ada orang kentutnya tidak busuk. Dia kentut mungkin kerana mempunyai masalah angin yang sering mengganggu keselesaan perutnya.
Bagi mereka yang termakan makanan yang tidak bersih, kemungkinan besar akan bersisko terkena keracunan makanan. Tanda awal jika seseorang terkena keracunan makanan ialah dai akan terkentut-kentut. semakin lama kentutnya semakin kerap. ditambah pula dengan rasa perut yang tidak selesa. Perut mula berbunyi dan akan terasa sakit. Pada ketika inilah pesakit cirit-birit kena berhati-hati. Jika tidak berhati-hati kentut akan keluar bersama-sama dengan tahi cair. Pesakit cirit-birit akan tidak selesa melakukan tugasan harian kerana terpaksa berulang-alik ke tandas untuk kentut dan berak cair.
Setiap orang akan kerap kentut. Kita tidak tahu bilakah kita akan kentut. Bila sampai masa angin kentut perlu dikeluarkan. Jika tidak, perut dan badan akan tidak selesa. Jika ingin kentut, seelok-eloknya jauhkan diri kita dari orang lain. Kita akan dapat kentut dengan selesa tanpa menimbulkan kemarahan orang lain. Bagaimanapun, jika seseorang sedang berkumpul dengan rakan sebayanya atau mereka yang terlalu biasa dengannya. dia akan kentut tanpa segan silu. Bunyi yang didengar dan bau yang dihidu menjadi bahan ketawa dan lawak jenaka.

Saturday, September 14, 2013
GELAGAT KUCING MENGAWAN
Semua hidupan akan melakukan hubungan seksual antara berlainan jantina. Sampai peringkat umur tertentu makhluk yang bernyawa akan dikurniakan nafsu syahwat yang wujud secara semulajadi dalam jasad. Nafsu seks akan beroperasi menggunakan anggota kemaluan. Tempat, situasi dan suasana sewaktu melakukan hubungan jenis berbeza antara satu makhluk dengan makhluk yang lain. Sudah menjadi lumrah, hubungan seksual mempunyai serampang dua mata iatu sebagai sumber hiburan yang intim dan untuk menambahkan zuriat sesuatu spesies hidupan.
Kucing ialah sejenis haiwan yang gemar dipelihara oleh manusia. Binatang ini mudah dimanjakan dan rupanya menarik perhatian orang. Tindak balas matanya amat memukau pandangan. Mereka yang suka berdamping dengan kucing beranggapan Si Comel boleh mengurangkan rasa sunyi dan meredakan perasaan dan jiwa yang tertekan. Harus diingat, bila tiba masa kucing mengawan, spesies ini tidak ada keinginan untuk melayan kerenah mansuia. Kucing mula pandai mengawan bila usianya mula mencapai 7 atau 8 bulan, bergantung pada perkembangan fizikal sesekor kucing. Pada rahap inilah kucing jantan mula merayau mencari kucing betina. Nada ngiauan yang kuat akan digunakan untuk memanggil kucing betina bercinta dengannya. Kadang kala berhari-hari tidak pulang ke rumah untuk melengkapkan siri mengawan. Dua ekor kucing jantan sanggup bertarung dan berlawan semata-mata untuk mendapatkan seekor kucing betina. Jika berjaya berhari-hari si jantan ini akan berasmara dengan kucing betina tersebut sehinggalah kucing betina bunting.
Gelagat yang ditunjukkan oleh kucing betina agak berbeza dengan kucing jantan. Kucing betina hanya akan menunggu kehadiran kucng jantan bertandang ke tempatnya. Ketika musim mengawan, kucing betina akan kurang selera makan dan tiada mud untuk melayan manusia yang menghampirinya. Si betina akan berguling-guling sebagai tanda menggatal dan miang. lokasi yang dipilih di muka pintu atau di tepi tingkap sambil mengeluarkan bunyi yang manja untuk memanggil kucing jantan. Setelah kucing jantan tiba untuk mengawan. Kucing betina terus berlari mendapatkan kucing jantan dan segera mencari kawasan yang selamat untuk proses mengawan.
Biasanya episod kucing mengawan berlaku pada waktu malam. Pada ketika ini manusia kebanyakannya berada di rumah. Kesempatan dan peluang diambil oleh kucing untuk beradegan di tempat yang terlindung serta dirasakan selamat. Adegan bermula dengan gurauan secara pandang-menadang dan cakar-mencakar. Pada situasi ini kita dapat mendengar ngiauan yang agak kuat daripada kedua-dua ekor kucing. Bunyi ngiauan akan semakin perlahan dan bertukar menjadi manja. Seterusnya babak mengawan akan sampai ke peringkat climaks di mana kedua-dua ekor kucing melakukan hubungan seksual menggunakan kemaluan. Selanjutnya akan terjadilah persenyawaan antara benih kucing jantan dengan kucing betina.
Setelah selesai beberapa proses mengawan, kucing betina akan pulang ke rumah dengan keletihan. Pada siang hari kucing betina akan tidur dan dapat diperhatikan badannya akan luka-luka akibat digigit oleh kucing jantan. Luka-luka, bulu tertanggal dan kulit terkopek adalah perkara biasa bagi kucing betina yang telah menyelesaikan adegan mengawan. Setelah terjaga dari tidur dan hilang kepenatan barulah kucing betina mengiau-ngiau meminta makanan daripada tuannya. Jika kucing tidak bertuan, kucing betina mencari makanan di kedia makan atau tong sampah. Jika masih mengekalkan tabiat semulajadi, kucing betina akan mencari tikus di sawah atau di tepi hutan.
Manusia yang memelihara kucing sebagai binatang jinak tidak sewajarnya mengkasi kucing bertujuan mengelakkan kucingnya mengawan. Bagi mereka jika kucing mengawan terutama sekali kucing jantan tidak akan pulang ke rumah berhari-hari lamanya. Kucingnya juga akan tidak terurus dan sukar untuk dikawal. Sesungguhnya mengkasi kucing adalah berdosa di sisi agama Islam.

Thursday, August 30, 2012
SAKIT! CABUT BANG...
Tersebutlah alkisah di sebuah rumah yang baru melangsaikan kenduri kahwin. Keluarga perempuan bersyukur ke hardat Illahi kerana telah selamat menerima menantu. Mengikut kebiasaan dan adat orang Melayu, menantu mesti bermalam di rumah keluarga perempuan. Nak jaga hati keluarga perempuan, mestilah makan malam dan beramah mesra sebelum masuk ke bilik tidur. Malam pertama, hati, jiwa dan perasaan meronta-ronta, memang mencabar kesabaran. Nasib baik dikurniakan fikiran yang waras.
Tepat pukul 12.00 malam, ayah mertua pura-pura mengantuk dan terus ke bilik tidur diikuti oleh ibu mertua dan adik-beradik yang lain. Masing-masing sedia maklum dengan perangai dan gelagat dalaman pengantin baru. Dengan penuh sopan pengantin perempuan menuju ke bilik pengantin yang telah dihias indah oleh mak andam siang tadi. Setelah wajah pengantin perempuan hilang pandangan dari ruang tamu, pengantin lelaki terus bergerak ke bilik mereka dengan langkahan yang bersahaja. Pintu terus ditutup dengan perlahan. Maka bermulalah adegan sulit mereka.
Selang beberapa ketika keluarga terdekat perempaun terdengar suara pelik dari bilik pengantin. Sakit bang! sakit bang! sakit bang! Cabutlah bang! Cabutlah bang! saya tak tahan ni. Sakit sangat. Sabarlah sayang! Cabut esok, ye. Esok janji! mesti cabut.
Dengan tidak berfikir panjang, ayah mertua terus menendang pintu hingga kunci tercabut dan pintu terus terbuka. "kau nak seksa anak aku ke jantan gelojoh?" soalan bernada marah terus terpacul dari mulut ayah mertua. "Esok baru nak cabut! kau ingat anak aku binatang ke?" begitu marah sekali. "minta maaf ayah, sebenarnya, ayang saya ni sakit gigi. esok pagi baru boleh ke klinik untuk cabut gigi. malam semua klinik tutup" jawab menantu dengan penuh sopan.

Friday, April 6, 2012
TUJUAN UTAMA ORANG BERKAHWIN
Perkahwinan ialah ikatan perhubungan sosial yang terjalin secara lahiriah dan batiniyah antara seorang lelaki dengan seorang perempuan atau beberapa orang perempuan. Seorang lelaki dibenatkan memiliki beberapa orang isteri tertakluk kepada kepercayaan agama tertentu dan norma serta adat sesuatu masyarakat. Setelah sah bergelar suami dan isteri maka mereka boleh tinggal serumah siang dan malam tanpa sebarang gangguan. Mereka boleh berhubung dan bergaul secara sulit tanpa batasan. Segala kemahuan berkasih sayang dan keinginan seks dapat dinikmati dengan sepuas-puasnya.
Tidak dapat dinafikan jauh di sudut hati semua manusia normal sifatnya matlamat utama mereka mendirikan rumah tangga ialah untuk melayan nafsu seks mereka yang sekian lama terpendam. Mengikut perkembangan fisiologi, nafsu seks mula hadir secara lengkap dalam naluri seseorang setelah mencapai umur baligh. Pada tahap inilah tidak kira sama ada lelaki atau perempuan mula berminat untuk menyayangi seseorang dan berharap disayangi oleh orang yang diminatinya. Secara semulajadi manusia juga mula mengerti tentang hubungan seks antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Mujurlah manusia dikurniakan akal bagi membolehkan seseorang berfikir secara rasional. Seseorang manusia dilarang sekeras-kerasnya oleh agama dan kebanyakan masyarakat melakukan hubungan seks sebelum berkahein. Manusia hanya dibenarkan bercinta dan mencurahkan rasa sayang dengan batasan-batasan tertentu. Akibat tegahan inilah manusia perlu bersabar bertahun-tahun lamanya.
Untuk memasuki gerbang perkahwinan tidak semudah yang diimpi-impikan sewaktu zaman remaja. Seorang teruna dan dara perlu betul-betul bersedia untuk meninggalkan zaman bujang dan memulakan hidup secara berkeluarga. Seseorang lelaki yang bakal bertindak sebagai ketua keluarga mesti mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang secukupnya untuk menyara seorang isteri dan anak-anak yang bakal dilahirkan. Lantaran desakan nafsu seks seseorang lelaki sewajarnya perlu aktif mencari pekerjaan yang boleh menjana pendapatan yang secukupnya bagi mengetuai sebuah keluarga. Demi desakan nafsu seks, seseorang perempuan mungkin menggalakkan teman lelakinya bekerja dengan rajin dan bertindak matang agar dapat melangsungkan perkahwinan secepat mungkin.
Istilah "malam pertama" sering dikaitkan dengan mereka yang baru mendirikan rumah tangga. Setelah diijabkabul bagi orang Islam dan setelah didaftarkan bagi penganut agama lain, pada malam tersebutlah pasangan mempelai sah di sisi agama dan masyarakat melakukan hubungan seks. Ibu bapa mereka sedia maklum dan tentu sekali menyiapkan sebuah bilik yang dilengkapi dengan hiasan dan katil yang selesa. pada detik itulah mereka boleh melepaskan nafsu seks yang sekian lama terpendam. Bagi lelaki wajar sekali memiliki alat kelamin yang boleh berfungsi dengan sempurna. Alangkah bahagia dan ceria seandainya mampu memberi kepuasan yang maksima kepada isterinya. Bak kata pepatah Melayu, jika alu yang baik buatannya bertemu dengan lesung yang serasi dengannya akan menghasilkan sambal yang sedap dan menyelerakan.
Sekiranya seseorang lelaki sering tewas sewaktu beraksi dengan pasangannya, kemungkinan dia memiliki alat kelamin yang kurang kental dan kurang bertenaga. Langkah segera perlu diambil bagi mengatasi masalah alat kelaminnya. Cara yang terbaik ialah boleh mendapatkan khidmat tukang urut batin yang benar-benar pakar dan berkebolehan. Disyorkan juga berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat bagi mendapatkan ubat kuat yang tidak menjejaskan kesihatan.
Dalam usaha memenuhi kehendak nafsu seks manusia yang terbatas dan tidak terbatas pelbagai jenis ubatan, makanan tambahan dan beraneka jenis minuman boleh didapati di pasaran. Mengikut pada iklan yang sering kita dengar pelbagai produk ini mampu menguatkan alat kelamin lelaki yang tidak mampu berfungsi dengan baik. Terdapat beberapa jenis produk yang mampu merangsang nafsu seks lelaki dan perempuan. Syarikat jualan langsung begitu ageresif memperkenalkan barangan mereka yang mampu mengubati pelbagai jenis penyakit tidak terkecuali mampu merangsang nafsu seks. Terdapat syarikat jualan langsung begitu berani sekali meyakinkan pasangan yang bermasalah dalam hubungan seks sekiranya mengamlkan makanan tambahan atau ubatan keluarannya dalam tempoh beberapa minggu pasangan suami isteri yang bermasalah akan bahagia dan terus mengecap nikmat kasih sayang.
Tidak dapat disangkal salah satu faktor penceraian ialah suami tidak mampu memuaskan nafsu seks pasangannya. Pada satu peringkat tertentu pula isteri bersikap dingin seks dan tidak mahu melayan kehendak seks suaminya. Dalam situasi lain pula terdapat pasangan yang mantap ekonomi tetapi tidak mampu beraksi di ranjang dengan sempurna. Tanpa memikirkan larangan agama dan demi memenuhi mafsu seks ada individu yang sanggup curang dengan pasangan sendiri dan beraksi dengan orang lain. Jelaslah bahawa nafsu seks amat penting dan merupakan satu tuntutan dalam kehidupan manusia. Manusia sanggup menghabiskan wang ribuan ringgit demi memuaskan nafsu seks.

Tuesday, March 20, 2012
Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir keluar UMNO. Apa Motifnya yang tersirat?
Setelah beberapa bulan berada di pentas ceramah dan sesi penerangan yang tidak sehaluan dengan perjuangan UMNO kini, akhirnya pada 19 Mac 2012 Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah mengisytiharkan dirinya keluar dari parti UMNO. Beliau yang sebelum ini bersusah-payah dan bersenang-lenang dalam UMNO selama 56 tahun telah bertindak menyisihkan dirinya dari parti yang sekian lama menaikkan namanya dalam arena politik tanah air. Beliau dilahirkan pada 4 Jun 1939 di Kampung Tawar, Kulim, Kedah. Beliau berkelulusan Undang-Undang dari Lincoln,s inn London pada tahun 1970. Seingat saya beliau pernah menjadi Menteri Penerangan dari tahun 2004 hingga tahun 2006. Tidak dinafikan jasanya pada UMNO dan Malaysia harus dipuji. Beliau juga sekian lama memenangi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru, Kedah.
Peminat politik tertanya-tanya sindrom apakah yang telah melanda Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sehingga tergamak mengutuk habis-habisan parti politik yang disayanginya selama ini. Parti UMNO jugalah yang telah mempopularkan Tan Sri Abdul Aziz di pentas politik negeri Kedah. Sewaktu beliau menjadi ahli parlimen selama beberapa penggal, beliau amat dikagumi dan dihormati oleh kebanyakan pengundi di Kulim-Bandar Baru. Dengan tiba-tiba kita didedahkan dengan maklumat yang disebarkan oleh Tan Sri Abdul Aziz berkaitan kelemahan-kelamahan dan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO masa kini. tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk memujuk pemimpin UMNO agar tidak bergelumang dengan dosa rasuah. Memandangkan UMNO kini telah banyak tersasar dari landasan asal dan tujuan murni penubuhan UMNO. Tanpa ragu dan segan silu, beliau mengambil keputusan untuk menceritakan segala kepincangan dan budaya kronisme yang wujud dalam UMNO.
Tindakan luar jangka yang dimbil oleh beliau telah mengejutkan banyak pihak. Seorang Tan Sri yang sebelum ini begitu setia dengan UMNO telah berpaling tadah dan begitu lantang menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap UMNO. Keputusannya keluar dari UMNO saya teliti dengan penuh berhati-hati. Bagi saya tiga jangkaan beliau sanggup keluar dari UMNO. Pertama, Beliau beranggapan pemimpin UMNO masa kini telah terpesong dari perjuangan asal penubuhan UMNO. Lantaran itu, Pemimpin tertentu sanggup memungkiri amanh rakyat dengan melakukan rasuah dsbnya. Kedua, Beliau terpikat dan yakin dengan reformasi dan pendekatan politik yang sedang dirancang dan telah dilaksanakn oleh Pakatan Rakyat. Mungkin beliau menyelami beberapa dasar dan pelaksanaan pembangunan di empat negeri di bawah Pakatan Rakyat menjurus terus kepada rakyat. Ketiga, barang kemungkinan beliau dijadikan alat untuk menyusup masuk ke dalam parti pembangkang dan merosakkan parti pembangkang dari dalam. Bak kata pepatah Melayu "gunting dalam lipatan". Perkara ini pernah berlaku di Perak pada tahun 2009 di mana ADUN Bota, Nasarudin Hashim berpura-pura menyertai PKR dan selang beberapa hari selepas itu kembali semula kepada BN.
Lantaran itu, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP harus berhati-hati dengan reaksi dan perilaku yang ditunjukkan oleh Tan Sri Abdul Kadi Sheikh Fadzir. Pemimpin Pakatan Rakyat boleh berbaik-baik dengan beliau tetapi dalam keadaan berjaga-jaga. Rahsia dan strategi parti dalam usaha memenangi hati rakyat dan merampas negeri-negri lain yang masih dikuasai oleh BN mesti disembunyikan daripada beliau. Kawan dalam politik memang tidak boleh dipercayai. Kita harus menghayati sejarah Melaka, peranan jahat yang dimainkan oleh Kitul telah menyebabkan perselisihan faham sesama pembesar Melaka pada ketika itu. Pakatan Rakyat pun telah ada banyak pengalaman beberapa ahli parlimennya yang berpaling tadah. Seterusnya mengutuk Pakatan Rakyat di parlimen dan medan politik yang lain. Begitu juga dengan Ibrahim Ali yang telah mempermainkan parti PAS di Pasir MAS. Setelah beberapa lama mendapat mandat daripada rakyat Pasir Mas. Sedikit demi sedikit menghina dan mencerca pemimpin PAS. Bak kata peribahasa Melayu "melepaskan anjing yang tersepit".

Friday, January 20, 2012
PEMUZIK JALANAN
Pemuzik jalanan ialah mereka yang bermain muzik di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Mereka tidak boleh mengatakan bahawa lokasi tertentu ialah tempat mereka. Bagaimanapun, jika mereka kerap bermain di sesuatu lokasi tertentu mereka yang sekerjaya dengan mereka tidak akan mengganggu tempat tersebut. Mereka akan mencari tempat yang selesa dan selamat untuk bermain muzik dan dapat menarik perhatian orang ramai mendengar alunan suara mereka dan melihat gaya persembahan yang mereka tonjolkan. Dapat diperhatikan bahawa ada yang beraksi secara individu dan ada yang lebih gemar bermain secara berkumpulan sama ada dua atau tiga orang sekumpulan. Jika terhibur dengan nyanyian dan persembahan mereka, tentu sekali mereka mengharapkan ganjaran dalam bentuk wang. Mereka tidak menentukan jumlah dan orang ramai boleh memberikan wang seikhlas hati mereka.
Secara realiti, inilah satu cara terkini mereka yang mempunyai bakat dalam bidang seni sauara dan muzik menonjolkan kebolehan mereka kepada masyarakat umum. Dengan hanya memiliki sebuah gitar atau sebuah keyboard dan dilengkapi dengan paluan drum yang ringkas mereka mampu menyerlahkan keistimewaan yang ada pada mereka untuk mencari rezeki. Berbekalkan daya usaha dan tabah menghadapi dugaan daripada segelintir masyarakat yang tidak mampu menilai seni muzik, mereka beroleh rezeki hasil titik peluh mereka sendiri.
Bila direnungkan sejenak mereka yang berbakat dalam bidang muzik dan seni suara tidak dapat mengetengahkan bakat mereka menerusi penjualan cakera padat dsbnya. Syarikat-syarikat rakaman dan penerbitan album kurang berminat megeluarkan album kerana tidak laku di pasaran. Kecanggihan teknologi maklumat telah menyebabkan album-album penyanyi tempatan dan luar ngeri disalin dengan begitu mudah dan pelbagai cara. Atas hakikat inilah mereka yang berkebolehan dalam bidang seni suara dan muzik terpaksa mencari inisiatif lain bagi mendapatkan sumber pendapatan menerusi bidang seni suara dan muzik. Bagi mereka yang ditaja dan mempunyai sumber kewangan yang banyak mereka boleh menganjurkan persembahan pentas dan konsert. Menerusi tiket yang berharga puluhan dan ratusan ringgit mereka bolehlah menjana sumber pendapatan. Bagi mereka yang berbakat tetapi tidak mempunyai modal, cara terbaik ialah bertindak sebagai seniman jalanan.
Bermain muzik di loasi yang menjadi tumpuan ramai ialah salah satu pekerjaan yang harus mendapat pengikhtirafan daripada masyarakat dan kerajaan. Mereka yang menceburi bidang ini semakin bertambah terutama sekali di bandar-bandar besar kerana peluang pekerjaan yang ada tidak dapat menampung pertambahan penduduk yang memerlukan pekerjaan bagi menyara hidup. Banyak pekerjaan yang ada ditawarkan kadar gaji yang rendah berbanding kos hidup yang semakin tinggi. Sudah sampai masanya kerajaan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membawa usul di Dewan Rakyat agar kerjaya ini akhirnya mendapat pengikhtirafan daripada kerajaan dengan beberapa syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi. Salah satu syarat terpenting ialah mereka yang berminat untuk menjadi pemuzik jalanan perlu memohon lesen daripada jabatan kerajaan yang berkenaan. Mereka juga perlu dipantau oleh pegawai tertentu dari semasa ke semasa bertujuan meninjau pendapatan yang mampu diperolehi oleh mereka. Jika purata pendapatan bulananya mencapai empat hingga lima ribu ringgit sebulan. Mereka perlu membayar cukai kepada kerajaan menerusi LHDN.
Diharapkan suatu hari nanti kerjaya ini akan mendapat pengesahan dan pengikhtirafan daripada kerajaan. Dengan cara ini peluang pekerjaan akan bertambah dan dapat diceburi terutama sekali oleh rakyat Malaysia yang mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni suara. Mereka tidak akan dipandang serong oleh masyarakat. Pemuzik jalanan akan dihormati dan pastinya mereka akan diundang untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan, rumah terbuka dsbnya. Secara logiknya mereka perlu dihargai kerana mempunyai bakat. Dengan bakat yang ada mereka berupaya menghiburkan masyarakat. Masyarakat yang terhibur akan memberi ganjaran kepada mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)